UPSR (11-14 SEPT)

Monday 15 July 2013

PrA SeKoLaH


Prasekolah merupakan sebahagian daripada sistem pendidikan Malaysia. Kementerian Pelajaran Malaysia menyediakan pendidikan prasekolah bagi membolehkan kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun memasuki persekolahan lebih awal, terutamanya kanak-kanak daripada golongan berpendapatan rendah. 

Pendidikan prasekolah bertujuan menyuburkan potensi kanak-kanak dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan untuk masuk ke sekolah rendah.

Pendidikan prasekolah adalah satu program yang menyediakan pengalaman pembelajaran kanak-kanak yang berumur 4-6 tahun dalam jangka masa satu tahun atau lebih sebelum masuk ke Tahun Satu di sekolah formal. Konsep yang digunakan ialah "Belajar Sambil Bermain" dengan menekankan "Pembelajaran Bertema". Kaedah pembelajaran ialah meliputi aktiviti kelas, aktiviti kumpulan dan aktiviti individu.

Sekolah kami mempunyai satu kelas Prasekolah yang terdiri daripada 25 orang murid iaitu 8 orang murid lelaki, dan 17 orang murid perempuan.  Pn. Noorhaniza Ishak merupakan guru Prasekolah kami.  

 
Bangunan Pra Sekolah kami
Murid-murid sedang  menyiapkan tugasan kerja mereka. 


PPM Kami, Pn Siti Zaharah Binti Mohd sedang memantau hasil kerja murid-murid Prasekolah kami 






No comments:

Post a Comment