UPSR (11-14 SEPT)

Saturday 13 July 2013

IhYa' RaMaDhAn 2013

       Ramadhan adalah bulan yang Allah janjikan kepada umat Islam untuk mendapatkan pahala yang berlipatkali ganda. Oleh yang demikian, program ini diadakan  dengan tujuan untuk mendapatkan keredhaanAllah dan memohon agar ibadat ini akan mendapat ganjaran pahala dari Allah serta dapat memberikan penghayatan dan pengajaran pada bulan ramadhan ini.


 Murid-murid  mesti menyertai aktiviti kokurikulum untuk menyeimbangkan tahap sosialisasi mereka dalam melangkah ke alam kehidupan yang lebih mencabar . Pengalaman yang mereka lalui pada program kali ini insya’Allah boleh diaplikasikan untuk masa-masa akan datang.


Jawatankuasa program ini berharap agar program ini dapat  membantu perkembangan murid dalam pelbagai aspek  serta dapat mencapai objektif-objektif yang dirancang.

Program ini melibatkan semua murid Sekolah Kebangsaan Kampung Baru Rasau kerteh 5. pada 7hb 7 2013, program ini telah dirasmikan oleh Tuan Guru Besar Sekolah Kami, iaitu En. Mohd Saidi B. Embong



Tuan Guru Besar sedang merasmikan program Ihya' Ramadhan 2013. 
Kain Rentang untuk program Ihya' Ramdhan.


Ustaz Mohd Ridzuan Abdullah sedang memberi tazkirah Ambang Ramadhan


Murid-murid sedang khusyuk mendengar tazkirah yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Ridzuan Abdullah 






                                 
                             
                                 






No comments:

Post a Comment