UPSR (11-14 SEPT)

Sunday 31 March 2013

Berjiwa rakyat....


Penolong Kanan 1 sendiri yang memasang tulisan baru untuk visi dan misi di dinding bangunan sekolah, sambil dibantu oleh pekerja swasta. 



Wednesday 20 March 2013

Potluck SKKBRK5

Khamis 21 Mac, guru-guru SKKBRK5 membuat jamuan ala 'potluck' dengan setiap guru membawa 1 jenis makanan. Aktiviti yang sangat digemari ramai ini bermula dari pagi sehingga makanan habis atau semua sudah kenyang.

"Semua nampak sedap" PK1

Monday 18 March 2013

Cemerlang Ko-Kurikulum

Dua orang pelajar kebanggaan SKKBRK5 ini telah memperolehi keputusan yang cemerlang dalam bidang yang mereka ceburi. Syabas dan tahniah kepada mereka dan semoga dapat meneruskan lagi kecemerlangan ini di masa-masa akan datang.

Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke 11

Pada 12 Mac yang lepas, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SKKBRK5 telah pun mengadakan Mesyuarat Agung PIBG kali ke 11 bagi sesi 2013/2014. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YB IR Rosli bin Othman, Adun Kemasik. Majlis turut dihadiri oleh Penghulu Mukim dan juga wakil dari Pejabat Pelajaran Daerah Kemaman, En.Mohd Haznan.

Tuesday 5 March 2013

Pelancaran Program Guru Penyayang

Pada hari Ahad, 3 Mac 2013, Unit HEM SKKBRK5 telah melancarkan Program Guru Penyayang peringkat sekolah. Program ini diadakan bagi menyahut seruan kerajaan dalam melahirkan guru-guru yang lebih penyayang terhadap para pelajar. Majlis ini dilaksanakan pada perhimpunan mingguan dan dirasmikan oleh Guru Besar SKKBRK5.