UPSR (11-14 SEPT)

Monday 23 September 2013

Ceramah dan Pameran Juvana


19 September 2013, SKKBRK5 telah mengadakan majlis Ceramah dan Pameran Juvana kepada semua pelajar. Ceramah telah disampaikan oleh Ketua Polis Balai, Balai Polis Ketengah Jaya, Sarjan Mejar Abdul Halim b. Zakaria. Antara kandungan ceramah beliau ialah berkenaan tugas dan tanggungjawab polis, jenis-jenis jenayah yang biasa berlaku dan cara mengatasinya serta kesan dan hukuman kepada penjenayah yang ditangkap. Turut disertakan pameran mini berkenaan dengan dadah dan senjata merbahaya oleh  IPD Dungun.




Pengerusi memulakan majlis.

Pelajar tekun mendengar ceramah

SM Abdul Halim memulakan ceramah beliau


Pameran senjata merbahaya

Jenis dadah yang dipamerkan

Para pekerja swasta sekolah turut mengambil kesempatan melihat pameran mini

Pelajar menjawab soalan kuiz yang ditanya oleh SM Abdul Halim



Hadiah kuiz yang disediakan


Tuan Guru Besar menyampaikan cenderahati kepada SM Abdul Halim

Monday 16 September 2013

MAJLIS PENUTUP MERDEKA 2013

Pada 15hb September 2013, SK KG Baru Rasau Kerteh  5 telah menyambut majlis penutup merdeka untuk tahun 2013. PIhak pengelola majlis ini, mengadakan pertandingan basikal berhias dan peragaan baju merdeka.








Monday 9 September 2013

UPSR 2013

Bermula pada hari ini, 10 September hingga 12 September, pelajar tahun 6 seluruh Malaysia akan menduduki peperiksaan UPSR 2013. Selamat berjuang untuk anak-anak pelajar SKKBRK5. Semoga usaha selama ini akan membuahkan hasil yang gemilang.






Saturday 7 September 2013

KEM SANTAI MINDA TAHUN 6 2013

Pada 6hb September 2013, Sek Keb Kg Baru Rasau Kerteh 5, telah dijemput untuk menyertai Kem Santai Minda Tahun 6 di Ma' Daerah Kerteh. Seramai 57 orang murid tahun 6 menyertai program ini.

Tepat jam 2.00 petang, murid-murid bertolak dari sekolah dengan bas.








Pada pukul 5.00 - 6.00 petang, murid-murid menyertai aktiviti  "Team Buliding". Murid-murid perlu mencari benda yang tersembunyi dan menyenaraikan hidupan laut. 

6.30 petang, aktiviti minum petang.

7.30 petang-8.30 petang - Solat maghrib berjemaah dan bacaan yasin beramai-ramai.


8.30 - 9.00 malam - Tayangan Video yang bertajuk "Pemulihan Penyu"

9.00 - 10.30 malam - Aktiviti BBQ


10.30 -11.00 malam - Pelepasan anak penyu ke laut. 

Murid-murid diminta ke bilik untuk tidur pada jam 12.00 malam.


Keesokannya, iaitu  7hb September 2013, pada 8.30 -9.30 pagi, murid-murid bergotong-royong membersihka kawasan Ma' Daerah Kerteh. 

Tepat jam 10.30 pagi, murid-murid berangkat balik ke sekolah. 








Wednesday 4 September 2013

Sembahyang Hajat dan Bacaan Yasin Sempena UPSR 2013

4 September 2013, SKKBRK5 telah mengadakan majlis sembahyang hajat dan bacaan yassin bagi memohon keberkatan dari Allah S.W.T dan memberikan kecemerlangan kepada calon-calon UPSR 2013 SKKBRK5. Majlis disertai oleh Ibubapa pelajar dan AJK PIBG serta guru-guru dan para pelajar sendiri.

Sama mengalunkan bacaan yasin

Para pelajar tidak ketinggalan mengikuti

Sedikit jamuan makan kepada yang menyertai

Guru besar mengambil makanan


Semoga pelajar-pelajar SKKBRK5 akan menghadapi peperiksaan UPSR 2013 dengan tenang dan akan memperolehi kejayaan yang cemerlang nanti. Insyaallah.

Sunday 1 September 2013

KEMBARA MOTOSIKAL SMK KETENGAH JAYA

Pada 30hb Ogos 2013, SK KG Baru Rasau Kerteh 5, telah dikunjungi oleh kembara Motosikal daripada SMK Ketengah Jaya. Kembara ini telah disambut baik oleh pihak sekolah.