UPSR (11-14 SEPT)

Tuesday 18 November 2014

HARI APRESIASI KECEMERLANGAN SEKOLAH 2014

Hari Apresiasi Kecemerlangan Sekolah telah di adakan pada 13 November 2014 bertempat di Dewan Seri Perdana SK. KG Baru Rasau Kerteh 5. Hari Apresiasi Kecemerlangan ini di rasmikan oleh Tuan Haji Abd. Rahman B. Kadir, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah PPD Kemaman. Di samping itu, Beliau juga telah merasmikan satu lagi projek yang telah di ilhamkan oleh Guru Besar, Mohd Saidi Bin Embong iaitu "Lata Zharfan" yang merupakan air terjun binaan.
Hari Apresiasi Kecemerlangan ini di adakan bertujuan untuk memberi penghargaan kepada murid-murid yang cemerlang dalam peperiksaan akhir tahun.
Pelbagai anugerah telah di berikan seperti Anugerah Kecemerlangan Prasekolah, Kedudukan dalam Kelas, Pencapaian Cemerlang Matapelajaran Tahun 1 hingga 6 dan pelbagai lagi anugerah yang di berikan. Di samping itu,cabutan bertuah juga di adakan untuk para ibubapa.

Tuan guru besar bersama dengan Timbalan Pegawai PPD Kemaman dan Naib Pengerusi PIBG

Ustaz Kamal Arifin b. Ali membacakan doa sebelum majlis di mulakan


Tuan Haji Abd. Rahman B. Kadir menyampaikan hadiah kepada graduasi prasekolah

Graduasi Prasekolah menerima hadiah

Tuan Haji Abd. Rahman B. Kadir merasmikan "Lata Zharfan"


Tuan Guru Besar bersama Timbalan Pegawai PPD di iringi Penolong Kanan Hem, En. Mohd Sobri Yusof

Menuju ke "Lata Zharfan"

Tuesday 4 November 2014

KEM MEMBACA 1 MURID 2014

Pada 4 dan 5 November yang lalu, satu program Kem Membaca 1 Murid telah di adakan. Semua murid dari tahun 1 hingga 6 terlibat mengikuti Kem ini. Program ini bertujuan menarik minat di kalangan murid-murid untuk membaca dan juga untuk memberi kesedaran kepada mereka tentang kepentingan membaca.



Murid-murid menunjukkan hasil kerja masing-masing.



Tekun menyiapkan hasil warna masing-masing.


Di dataran Gemilang.






Murid tahap 2 menunjukkan hasil lukisan masing-masing.