UPSR (11-14 SEPT)

Sejarah Sekolah

Sejarah Sekolah
Mula beroperasi pada Jun tahun 2000 bagi memenuhi keperluan pelajaran penduduk sekitar yang terdiri daripada anak-anak peneroka rancangan Felda Kerteh 4 dan 5 serta daripada kawasan perumahan berdekatan iaitu Taman Perumahan Muhibbah atau lebih dikenali dengan Taman Tasja. Berkeluasan 4.832 hektar dan berpagar, terletak di gugusan Felda Rasau Kerteh, Ketengah Jaya, dan di bawah pentadbiran Pejabat Pelajaran Daerah Kemaman.

Pembinaan sekolah ini adalah hasil usaha dari bekas YB Adun Kemasek, Datuk Abu Bakar Ali. Pada masa tersebut, di kawasan Ketengah Jaya ini, telah terdapat 2 sekolah rendah yang terawal iaitu Sekolah Kebangsaan Felda Kerteh 1 dan Sekolah Kebangsaan Ketengah Jaya.Bagaimanapun, kedua-dua sekolah tersebut mengalami kepadatan pelajar yang terdiri dari anak-anak di 4 buah perkampungan Felda iaitu, Felda Kerteh 1, Felda Kerteh 4, Felda Kerteh 5 dan Felda Kerteh 6. Termasuk juga dengan anak-anak kakitangan KETENGAH, FELDA, PORIM dan juga anak-anak guru dari sekolah  rendah dan juga sekolah menengah dikawasan ini.

Atas sebab inilah YB Datuk Abu Bakar Ali berusaha dengan sekuat mungkin bagi merealisasikan pembinaan Sekolah Kebangsaan Kampung Baru Rasau Kerteh 5 ini. Pada asalnya, tapak yang dicadangkan adalah berada di kawasan Felda Kerteh 5, namun atas alasan teknikal yang tidak dapat dielakkan, ianya terpaksa dialih ke tapak yang baru  iaitu dalam kawasan Felda Kerteh 4 yang mana ianya berada di dalam jajahan Parlimen Dungun. Namun, bagi mengenang jasa YB Datuk Abu Bakar Ali yang merupakan Adun Kemasek dan berada dibawah jajahan Parlimen Kemaman, sekolah ini diberi nama Sekolah Kampung Baru Rasau Kerteh 5 yang mana Felda Kerteh 5 itu sendiri  termasuk dalam kawasan Parlimen Kemaman.

Senarai Guru Besar
1. En. Haji Amran bin Salleh (Jun 2000 - Oktober 2002)

2. 
En.Derahman bin Ahmad (Oktober 2002 -  Januari 2013)

3. 
En.Mohd Saidi bin Embong (Januari 2013 – Sekarang) 

No comments:

Post a Comment