UPSR (11-14 SEPT)

Monday 25 November 2013

Konvensyen Pendidikan & Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Felda 2013

Pada 28-30 Oktober 2013, guru besar telah menghadiri Konvensyen Pendidikan anjuran Felda di Bukit Gambang Resort City, Pahang. Berikut adalah gambar kenangan daripada guru besar sepanjang berada di sana.







Saturday 16 November 2013

Majlis Apresiasi 2013

Tarikh : 11 November 2013
Tempat : Dewan Muhibah SK Kg Baru Rasau Kerteh 5
Perasmi:  En. Mahzan b. Hamzah 
     Penolong Pegawai Pelajaran Daerah, Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan


Guru Besar menyambut ketibaan En.Mahzan

En.Mahzan merasmikan majlis

Persembahan murid tahap 1

Penyampaian kovokesyen murid Prasekolah oleh En.Mahzan

Jamuan Akhir Tahun 2013

Pada 10 November 2013, Kelab Guru SKKBRK telah mengadakan jamuan akhir tahun bertempat di Kelab Golf dan Rekreasi Petronas, Kerteh. Jamuan ini bertujuan meraikan guru dan kakitangan sebelum bermulanya cuti persekolahan sesi 2013 nanti. Majlis jamuan yang bermula pada 1 tengahari dan berakhir sehingga semuanya kekenyangan tidak mampu berjalan lagi...





Thursday 14 November 2013

Keputusan UPSR 2013

Khamis, 14 November 2013, debaran guru-guru, ibu bapa dan pelajar berakhir setelah keputusan UPSR 2013 diumumkan. Pada tahun lepas tiada seorang pun calon UPSR dari SKKBRK5 berjaya mendapat keputusan 5A. Bagaimanapun, kekecewaan itu terubat pada tahun ini apabila 2 orang calon kami berjaya memperolehi keputusan 5A. Walaupun masih jauh dari menepati sasaran awal, para guru dan ibu bapa masih mampu tersenyum dan bersyukur dengan keputusan ini.


Guru besar bersedia untuk mengumumkan keputusan


Guru dan ibu bapa yang penuh debar


 
Sabar menunggu

Senyum dulu..


 
5A!

5A!

Guru besar, PK1 dan PKHEM bergambar kenangan dengan pelajar yang mendapat 5A

Kami sudah berjaya.

Guru besar bergambar dengan ibu dan bapa kepada pelajar 5A

Semoga SKKBRK5 akan mencapai kejayaan yang lebih baik pada tahun-tahun akan datang. Kepada pelajar yang berjaya, tahniah dan teruskan usaha. Bagi yang kurang berjaya, usaha lagi. Anda mampu mengubahnya.