UPSR (11-14 SEPT)

Wednesday 30 January 2013

Perarakan Maulidurasul

Sempena ketibaan 12 Rabiulawal 1434 bersamaan dengan 24 Januari 2013, SKKBRK5, pada 28 Januari 2013 telah menganjurkan perarakan bagi menyambut bulan kelahiran Rasulullah S.A.W di peringkat sekolah.
Dengan kerjasama dari pasukan Bomba dan RELA Ketengah Jaya, perarakan ini berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah.

Watikah Perlantikan Pengawas

Pada 27 Januari 2013, telah diadakan majlis penyampaian watikah perlantikan pengawas sekolah dan juga pengawas pusat sumber. Watikah disampaikan oleh Ketua Balai Polis Ketengah Jaya. Majlis ini juga merupakan tugas rasmi pertama Tuan Guru Besar SKKBRK5 yang baru iaitu Mohd Saidi b. Embong.

Ketua  Balai Polis Ketengah Jaya sedang menyampaikan ucapan.

Pelajar dan pengawas tekun mendengar ucapan dari Ketua Balai Polis.


Ketua Balai Polis Ketengah Jaya menyampaikan watikah diiringi oleh Tuan Guru Besar, Mohd Saidi b. Embong.

Add caption

Antara pengawas yang menerima watikah.




Guru turut bersabar di bawah panas matahari pagi.



Guru Besar menyampaikan cenderahati kepada Ketua Balai Polis.

Ketua Pelajar mengetuai bacaan ikrar.


Merentas Desa

22 Januari 2013, bermula pukul 5.15 petang, semua pelajar SKKBRK5 telah menyertai acara merentas desa. Cuaca yang tersangat baik telah membolehkan acara berjalan dengan lancar dan penuh semangat kesukanan.

Tuesday 29 January 2013

Majlis Perpisahan Dengan Guru Besar

Pada 22 Januari 2013, telah diadakan majlis perpisahan dengan Tuan Guru Besar En.Derahman bin Ahmad yang bertukar ke SK Ketengah Jaya.
 En.Derahman bin Ahmad menyampaikan ucapan terakhir kepada para pelajar
 Menerima cenderahati dari pelajar
 Murid tekun mendengar ucapan dan amanat guru besar
 Pelajar berbaris untuk bersalam dengan guru besar


Majlis diteruskan pada sebelah petang dengan jamuan makan di Rumbia Resort, Paka.

 Ustaz Riduan memulakan majlis dengan bacaan doa.
 Antara tetamu VIP yang hadir
 Makanan yang dihidangkan
 Amanat terakhir dari guru besar setelah 10 tahun berkhidmat di SKKBRK5
 Menerima cenderahati dari AJK PIBG
 Pengusaha kantin sekolah menyampaikan hadiah perpisahan.
 PK1 mewakili kelab guru SKKBRK5 bagi menyampaikan cenderahati.
Gambar kenangan bersama guru-guru, kakitangan dan tetamu yang hadir.


Kepada En,Derahman bin Ahmad, selamat bertugas di tempat baru dan terima kasih atas perkhidmatan yang cemerlang selama 10 tahun di sekolah ini. Jasamu akan dikenang. Semoga dirahmati Allah sentiasa.