UPSR (11-14 SEPT)

Wednesday 23 July 2014

MAJLIS KHATAM QURAN, TAHLIL DAN JAMUAN BERBUKA PUASA BERSAMA ANAK YATIM

Pada 23 Julai 2014 (rabu) sekolah SKKBRK5 telah mengadakan majlis khatam Al-Quran beramai-ramai sekaligus mengadakan majlis tahlil dan jamuan berbuka puasa bersama anak yatim. Program ini adalah anjuran pihak sekolah bersama Persatuan IbuBapa dan Guru (PIBG) serta Panitia Pendidikan Islam SKKBRK5. Program Khatam Al-quran di adakan seawal jam 11 tengahari dengan di sertai 22 orang murid lelaki. Program ini di ketuai oleh ustaz Kamal Arifin b. Ali. Manakala Program tahlil dan jamuan berbuka puasa bersama anak yatim pula bermula pada jam 6 petang. Program ini berakhir pada jam 8 malam.

Program "JOM BACA SEKEJAP..." (Jun - Julai)

SK. Kampung Baru Rasau telah mengadakan program "Jom Baca Sekejap" yang bermula dari bulan Jun hingga Julai. Program ini di adakan pada setiap hari isnin iaitu bermula pada 24 Jun, 7 Julai, 14 Julai dan 21 Julai 2014 di tapak perhimpunan rasmi sekolah pada pukul 7.30-7.45 pagi. Program ini bertujuan untuk menambah minat murid membaca buku dan mengisi masa terluang dengan melakukan perkara yang berfaedah.

Monday 7 July 2014

PROGRAM MAJLIS TEMU MURNI IBUBAPA MURID TAHUN 6

Pada 26 Jun 2014 (Rabu) yang lalu, satu Program Majlis Temu Murni  Ibubapa Murid Tahun 6 SK. Kampung Baru Rasau Kerteh 5 telah di adakan. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada Ibubapa berkenaan keputusan anak mereka dalam peperiksaan BK10 yang telah di adakan. Program ini juga bertujuan untuk membincangkan permasalahan serta mencari jalan penyelesaian yang ada untuk meningkatkan prestasi murid-murid dalam peperiksaan UPSR yang akan datang.
Penolong Kanan Pentadbiran memberikan taklimat berkenaan murid target UPSR.
Para Ibubapa tekun mendengar taklimat.
Ibubapa memerhatikan slaid gambar murid target UPSR 2014.