UPSR (11-14 SEPT)

Thursday 24 October 2013

PROJEK SEKOLAH

Pihak sekolah SK KG BARU RASAU KERTEH 5, sedang berusaha untuk membaiki pintu gerbang sekolah. Projek ini telah disertai oleh guru besar, PK Pentadbiran, berapa orang guru lelaki, dan pekerja swasta lelaki.



MILO KU

Tepat jam 11.00 pagi, pada 24 Oktober 2013 sebuah van minum MILO tiba di SK KG BARU RASAU KERTEH 5. Tujuan Van MILO ini datang ke sekolah adalah  untuk mengagihkan MILO secara percuma kepada murid-murid sekolah.  Agihan MILO  ini dimulakan daripada murid pra sekolah sehingga murid tahun 6. Guru-guru dan kakitangan sokongan juga turut dapat menikmati MILO. 


LATIHAN KEBAKARAN

Pada 24 hb Oktober 2013, pihak SK KG BARU RASAU KERTEH 5 telah mengadakan latihan kebakaran untuk semua murid di sekolah ini. Latihan ini dilaksanakan sebelum waktu rehat. Semua murid memberi kerjasama yang baik bagi program ini.

Monday 21 October 2013

CERAMAH MOTIVASI

Pada 1hb Oktober, Kelab kaunseling sekolah Kg Baru Rasau Kerteh 5 telah mengadakan ceramah motivasi untuk murid tahun 6. Pihak sekolah telah menjemput En. Alias B Deris , kaunselor dr SK Ketengah Jaya untuk menyampaikan ceramah yang bertajuk "Gerakan Budaya Menarik Kemenjadian Murid Terengganu Pasca 2020".

WORD CHAIN COMPETITION

Pada 30hb September,  SK KG Baru Rasau Kerteh 5, telah mengadakan "WORD CHAIN COMPETITION". Pertandingan ini telah disertai oleh semua murid tahun6.

Saturday 19 October 2013

PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM SKKBRK5


SK KG Baru Rasau Kerteh 5 telah mengadakan aktiviti perkhemahan pada 28hb September 2013. Guru-guru SKKBRK5 bertungkus lumus menjayakan aktiviti ini. Aktiviti ini disertai oleh peserta   unit beruniform  SK KG BARU RASAU KERTEH 5.
                                             
Pn. Rasni sedang memberi taklimat 

Tuesday 8 October 2013

TAWARAN SEBUT HARGA UNTUK KANTIN SEKOLAH


Kami warga Sek Keb Kampung Baru Rasau Kerteh 5, membuat tawaran  sebut harga untuk kantin sekolah.

Sunday 6 October 2013

GERAK TARI 1 MALAYSIA PRA SEKOLAH


Pada 1 hb 10 2013, murid-murid pra sekolah SK KG Baru Rasau Kerteh 5 telah mengadakan gerak tari 1 Malaysia di dewan SKKBRK5.

Gerak tari ini turut dijayakan oleh guru pra sekolah dan pembantu pra sekolah sendiri.

SUKAN OLAHRAGA TAHUNAN KALI KE-7




Pada 3 Oktober 2013, SK KG Baru Rasau kerteh 5, telah mengadakan kejohanan sukan tahunan kali ke-7. Majlis ini telah dirasmikan oleh Tuan Guru Besar SKKBRK5, iaitu En. Mohd Saidi Bin  Embong.