UPSR (11-14 SEPT)

Monday 27 April 2015

sukan sekolah


23 APRIL 2015 merupakan Temasyan Sukan Tahunan kali ke -9 di Sekolah Kebangsaan Kampung Baru Rasau Kerteh 5 yang merupakan salah satu aktiviti tahunan yang dianjurkan oleh Unit Kokurikulum SKKBRK5. Aktiviti sukan tahunan ini telah berlangsung dengan jayanya di padang sekolah SKKBRK5 bermula pada jam 7:30 pagi dan berakhir pada jam 12:30 tengah hari.Temasya sukan ini dimulakan dengan perbarisan rumah-rumah sukan (Merah, Biru, Kuning  dan Hijau) diikuti dengan kawad kaki  mengikut rentak muzik. Setiap rumah sukan akan memberikan tabik sebagai tanda hormat kepada guru-guru dan ahli PIBG. Sejurus selepas itu, Ketua Kontinjen dikehendaki membaca ikrar. Selepas upacara menaikkan bendera kejohanan dan ikrar kejohanan oleh wakil pelajar, ucapan perasmian yang disampaikan oleh YDP PIBG SKKBRK5 En. Rashid B. Mohamad  dan diikuti ucapan guru besar SKKBRK5 En. Mohd Saidi B. Embong.















Tuesday 14 April 2015

6 aspirasi murid dalam pppm

PPPM - ASPIRASI MURID

Sistem pendidikan Malaysia berhasrat memastikan setiap murid mencapai potensi sepenuhnya. Setiap pemimpin sekolah, guru, ibu bapa, dan masyarakat mempunyai peranan penting dalam memastikan generasi muda ini mencapai aspirasi yang diharapkan.
Pelan ini akan terus menterjemahkan semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang merencanakan pendidikan seimbang sebagai asas mencapai aspirasi murid. Perkara ini selari dengan maklum balas daripada Dialog Nasional. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia juga mengambil pengajaran daripada sistem pendidikan berprestasi tinggi untuk membangunkan ciri-ciri atribut dan kecekapan tertentu yang diperlukan oleh murid untuk berjaya dan berkembang maju dalam dunia global yang semakin mencabar.

Sehubungan itu, semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan tentang pendidikan seimbang diperlihatkan dalam enam ciri (Ekshibit 2-3). Ciri ini bukan sahaja menekankan kepentingan pengetahuan, tetapi juga pembangunan kemahiran pemikiran kritis, kreatif, dan inovatif; kemahiran memimpin; kemahiran dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris; sahsiah dan nilai, serta semangat identiti nasional yang kuat. Ciri ini turut memberi penekanan kepada usaha bagi membolehkan semua murid memberikan sumbangan yang bermakna kepada keluarga, masyarakat, dan negara. 

1.  Pengetahuan
Pada peringkat paling asas, setiap murid perlu memiliki keupayaan literasi dan numerasi sepenuhnya. Ciri ini melengkapkan mereka dengan kemahiran hidup asas, serta berfungsi secara berkesan dalam masyarakat bagi membolehkan mereka memupuk nilai untuk diri sendiri, masyarakat dan negara. Di samping itu, penting bagi murid menguasai mata pelajaran teras seperti Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Sejarah. Mereka juga digalakkan untuk mendapatkan maklumat dan pengetahuan dalam bidang lain, seperti seni, muzik dan sukan. Selain pengetahuan dalam bidang ini, murid juga perlu mempunyai keupayaan mengaplikasi pengetahuan ini dalam situasi harian. 


2.  Kemahiran berfikir
Setiap murid perlu membina kemahiran inkuiri dan belajar cara untuk terus mendapatkan pengetahuan sepanjang hayat supaya boleh menghubung kait pelbagai pengetahuan, dan mewujudkan pengetahuan baharu. Kemahiran berfikir aras tinggi dan kemampuan untuk melakukan inovasi amat kritikal dalam dunia teknologi yang berkembang pesat. Setiap murid perlu menguasai pelbagai kemahiran kognitif yang penting:
  • Pemikiran Kreatif dan Inovatif: kemampuan menginovasi, menjana kemungkinan baharu, dan mencipta idea atau pengetahuan baharu; 
  • Pemikiran Kritis dan Penaakulan: keupayaan menganalisis maklumat, menjangka masalah dan mendekati isu secara kritis, logik, induktif, dan deduktif bagi mencari penyelesaian, danakhirnya membuat keputusan; dan 
  • Keupayaan Belajar: keupayaan memacu pembelajaran sendiri, dengan kemampuan menghargai nilai pembelajaran sepanjang hayat. 

Sistem pendidikan negara perlu meningkatkan kemahiran murid dalam bidang ini seperti yang digambarkan melalui skor TIMSS dan PISA sejak lima tahun lepas. Skor TIMSS dan PISA 2009+ menunjukkan bahawa murid kurang mampu mengaplikasi pengetahuan serta berfikir secara kritis di luar konteks akademik biasa. Sehubungan itu, adalah amat penting bagi sistem pendidikan negara membantu setiap murid memperoleh kemahiran berfikir. 

3.  Kemahiran memimpin
Kemampuan bekerja dengan berkesan dan memimpin orang lain adalah penting, terutamanya dalam dunia yang semakin saling berkait. Dalam Dialog Nasional, kepentingan memupuk kepimpinan dan keupayaan bekerja secara berkesan dalam satu pasukan bagi setiap murid sering dibangkitkan. Sistem pendidikan berusaha membantu setiap murid mencapai potensi masing-masing sepenuhnya melalui pelibatan sebagai pemimpin, serta bekerja dalam kumpulan. Dalam konteks sistem pendidikan, kepimpinan mempunyai empat unsur:
  • Keusahawanan: mengambil inisiatif untuk mewujudkan dan membangunkan penyelesaian sendiri, dan bagi tujuan itu sanggup membuat pelaburan daripada sumber sendiri, serta terdoronguntuk memastikan penyelesaian itu dizahirkan;
  • Berdaya tahan: membina cara berfikir yang konstruktif serta mampu menghadapi rintangan;
  • Kecerdasan emosi: berupaya memahami dan bekerja secara berkesan dengan orang lain serta mampu mempengaruhi mereka secara positif; dan 
  • Ketrampilan komunikasi: berupaya memberikan pendapat dan hasrat secara lisan dan bertulis dengan jelas. 

Sekolah perlu menggunakan peluang yang disediakan di dalam bilik darjah melalui aktiviti berasaskan projek dan kerja kumpulan, dan aktiviti di luar bilik darjah melalui sukan, seni, serta aktiviti kokurikulum dalam membangunkan keperibadian murid. 

4  Kemahiran dwibahasa  
Setiap murid akan menguasai bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan, dan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua dan bahasa komunikasi antarabangsa. Setiap murid juga akhirnya akan berpeluang mempelajari bahasa tambahan. Kepelbagaian Malaysia yang unik dan warisan berbilang budaya memberikan kelebihan daya saing kepada semua. Murid akan terus berpeluang untuk mempelajari bahasa Cina dan Tamil di sekolah jenis kebangsaan. Kini, sesetengah sekolah kebangsaan juga menyediakan peluang untuk mempelajari bahasa ketiga seperti bahasa Cina, Tamil, Arab, Iban, dan Kadazan Dusun. Pada peringkat menengah, peluang ini diperluas untuk meliputi bahasa antarabangsa lain. Selepas jangka masa tertentu, semua murid akan digalakkan untuk  belajar sekurangkurangnya tiga bahasa bagi membolehkan mereka bekerjasama dan berkomunikasi secara berkesan dengan rakan dalam kalangan rakyat Malaysia dan juga negara jiran dalam dunia global masa ini. 

5.  Etika dan kerohanian 
Sistem pendidikan akan mempersiapkan setiap murid supaya berani menghadapi cabaran masa depan, menyelesaikan konflik secara aman, membuat keputusan yang wajar dalam situasi kritikal, dan mempunyai keberanian melakukan apa yang betul. Peneka nan diberikan kepada setiap murid dengan mewujudkan satu set prinsip, termasuk nilai bersama yang kukuh yang didukung oleh semua rakyat Malaysia:
  • Kerohanian: mempunyai pegangan agama yang kuat dan mengamalkannya sebagai asas hidup, serta mendukung standard moral yang tinggi.
  • Integriti: mempunyai keberanian, disiplin, dan semangat untuk melakukan perkara yang betul; dan 
  • Tanggungjawab sivik: bertindak untuk kebaikan negara, mengambil berat terhadap orang lain dan alam sekitar, dan memiliki keupayaan yang mendalam untuk memberikan sumbangan kepada  masyarakat.

6.  Identiti nasional
Rakyat Malaysia perlu mempunyai perasaan tidak berbelah bahagi tentang identiti nasional dan berpegang teguh dengan prinsip Rukun Negara untuk memupuk perpaduan dan masa depan Malaysia. Setiap murid tanpa mengira etnik, kepercayaan, taraf sosioekonomi atau lokasi harus berbangga menjadi rakyat Malaysia. Pencapaian matlamat patriotisme ini memerlukan semangat keterangkuman tinggi yang diperoleh dengan belajar memahami perbezaan dan bertolak ansur, menerima dan menghormati orang lain, serta hidup bersama dalam kepelbagaian masyarakat  Malaysia. Identiti nasional juga memerlukan setiap murid memahami sejarah Malaysia, berkongsi pengalaman dalam dan luar sekolah, dan berkongsi aspirasi untuk masa depan Malaysia.

Monday 13 April 2015

Bicara berirama peringkat pkg




pengadil sedang memerhati dan mengambil markah


Pelawanan bola sepak peringkat pkg

PERLAWANAN PERTAMA :  SK KERTEH 5 VS SK KETENGAH JAYA










Pelawanan ke 2 
sk kerteh 5 vs sk rangung
sk kerteh 5 vs sk kg baru