UPSR (11-14 SEPT)

Sunday 25 August 2013

PECUTAN AKHIR 2013

Pada 22 hb Ogos 2013, SK KG Baru Rasau Kerteh 5, telah  menjemput Dr(II) Wan Rozeb Bin Wan Salleh iaitu Pengarah Urusan Ummi Motivation Training & Consultant untuk memberi ceramah bagi meningkatkan kecemerlangan pelajar bagi membentuk jatidiri, sahsiah,sikap,keperibadian menerusi satu rahsia penting memperkasakan minda sendiri.

Ceramah motivasi ini diadakan di dewan sekolah SKKBRK5, yang turut dihadiri oleh muird murid tahun 4,5, dan 6 serta ibu bapa murid-murid . 








Wednesday 21 August 2013

PELUPUSAN BUKU TEKS

Guru Skim Pinjaman Buku Teks SKKBRK5  iatu Tuan Haji Kharollah Bin Samad, telah mengarahkan murid-murid mengangkut  buku teks lama untuk dilupuskan. 




Monday 5 August 2013

Pembahagian Duit Raya

5 Ogos 2013, pihak sekolah telah mengadakan majlis ringkas bagi membahagikan duit raya kepada semua pelajar SKKBRK5. Majlis bermula sebaik saja waktu persekolahan berakhir. Pelajar menerima duit raya dan bersalaman dengan guru-guru sebelum pulang ke rumah masing-masing.

MESYUARAT AJK PIBG

Pada 5hb Ogos 2013, SKKBRK5 dan PIBG  telah mengadakan mesyuarat ahli jawatankuasa PIBG. Mesyuarat ini membincangkan isu-isu semasa sekolah, projek yang sedang dan akan dijalankan di sekolah dan juga perkembangan murid-murid dalam menghadapi UPSR yang akan berlangsung tidak lama lagi. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh YDP PIBG dan turut dihadiri oleh NYDP, Setiausaha PIBG, Guru Besar serta semua Penolong Kanan berlangsung selama 1 jam.





Sunday 4 August 2013

Selamat Hari Raya

Dengan ingatan tulus ikhlas dari seluruh warga SK Kampung Baru Rasau Kerteh 5. 
Semoga lebaran ini membuka ruang kemaafan dan mengeratkan lagi silaturrahim sesama kita semua. Inshaallah.


Saturday 3 August 2013

Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak Yatim

23 Ramadhan 1434, SKKBRK5 telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa bagi meraikan anak-anak yatim. 





Majlis Khatam Quran Peringkat Sekolah

1 Ogos 2013 bersamaan 23 Ramadhan 1434, Panitia Agama Islam dibawah kelolaan PKKO telah mengadakan Majlis Khatam Quran Peringkat sekolah. Majlis dirasmikan oleh Tuan Guru Besar SKKBRK5 , En Mohd Saidi b. Embong manakala bacaan Al-Quran telah diketuai oleh Al Fadhil Ustaz Khaled, Imam masjid Felda Kerteh 4.


Antara pelajar yang menyertai

Pn Pengerus majlis memulakan majlis