UPSR (11-14 SEPT)

Tuesday 25 September 2012

Adab Murid Terhadap Guru

  1. Mendahulukan salam kepada guru dan bersalaman dengan bercium tangan sebagai tanda penghormatan - ikut jantina.
  2. Jangan banyak bercakap di hadapan guru.
  3. Jangan bercakap jikalau tidak ditanya.
  4. Jangan bertanya melainkan jikalau diarah oleh guru.
  5. Jangan menyangkal kata-kata guru.
  6. Jangan mengumpat pelajar lain.
  7. Jangan berbisik di hadapan guru.
  8. Jangan berpaling kiri dan kanan.
  9. Jangan menyoal semasa guru kepenatan.
  10. Berdiri apabila guru bangun (ketika guru keluar dan masuk).
  11. Dengar dengan khusyuk ilmu yang disampaikan walaupun diulang 1000 kali.
  12. Rujuk guru dalam memilih ilmu.
  13. Jangan duduk tempat guru.
  14. Jangan berjalan di hadapan guru kecuali darurat.
  15. Jangan ketuk pintu berulang kali hingga guru keluar menemuinya.
  16. Sentiasa mendapat keredhaannya dan jauhkan kemurkaannya.
  17. Muliakan anak-anak guru.
  18. Selalu berhubung dengan guru.
  19. Elakkan tidak menziarahi guru lebih 40 hari. Ini boleh mengurangkan keberkatan ilmu.
  20. Selalu mendoakan guru selepas setiap solat lima waktu.

Wednesday 29 August 2012

BERDOA KETIKA SUJUD DAN KEISTIMEWAANYA




Sewaktu bersujud, kita berada amat hampir dengan Allah. Katakanlah apa sahaja di dalam hati hajat kita sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. yang biasa memanjangkan sujudnya dengan memperbanyakkan zikir dan doa didalamnya.

Sabda Rasullullah:
"Suasana yang paling hampir antara seseorang hamba dengan Tuhannya ialah di kala ia bersujud kerana itu hendaklah kamu memperbanyakkan doa di dalamnya."


Banyak doa yang diamalkan oleh Rasulullah untuk kita ikuti. Salah satunya yang paling baik untuk diamalkan ialah doa yang dibaca sewaktu sujud akhir dalam solat.

"Ya Allah, tambahkanlah bagiku rezeki yang banyak lagi halal, imam yang benar, ilmu yang bermanfaat, kesihatan yang elok, kecerdikan yang tinggi, hati yang bersih dan kejayaan yang besar."

Semoga dengan mengamalkan doa itu kita mendapat manfaat atau sekurang-kurangnya menjadi cita-cita kita dalam mencari keredhaan Allah dunia dan akhirat.

Banyak kelebihan memanjangkan sujud dan memperbanyakkan doa di dalamnya. Rasulullah s.a.w biasa berbuat begitu sehingga pernah para sahabat hairan kerana lamanya baginda
bersujud. Keistimewaan umatnya yang bersujud telah disebut oleh baginda dalam sabdanya yang bermaksud:

"Tiadalah ada seorang umatku melainkan aku yang akan mengenalinya di hari kiamat"

Mendengar itu para sahabat bertanya:
"Bagaimanakah engkau dapat mengenali mereka dalam khalayak ramai wahai Rasulullah?"

Jawab baginda:
"Tidakkah engkau melihat seandainya sekumpulan unta dimasuki oleh seekor kuda yang amat hitam, sedang di dalamnya pula terdapat sekor kuda putih bersih, maka adakah engkau tidak dapat mengenalinya?"

Sahabat Menjawab:
"Bahkan !"

Rasulullah menyambung:
"Kerana sesungguhnya pada hari itu (kiamat) muka umatku akan putih (berser-seri) disebabkan mereka bersujud (di dunia), segala anggota mereka ( terutama anggota wudu') putih berseri-seri oleh cahaya wudhu' !!!"

KEISTIMEWAANNYA
Ahli neraka juga mendapat keselamatan kerana bekas sujudnya. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

"Apabila Allah hendak melimpahkan Rahmat (kebaikan) kepada ahli-ahli neraka yang Dia kehendaki, Dia pun memerintahkan malaikat supaya mengeluarkan orang-orang yang menyembah Allah, lalu mereka dikeluarkan dan mereka dikenali dengan kesan-kesan sujud (di dahi mereka), di mana Allah menegah neraka memakan (menghapuskan) bekas-bekas sujud itu, lalu mereka pun keluar dari neraka, maka setiap tubuh anak Adam akan dimakan api neraka selain bekas sujud"

Begitulah Allah memuliakan hamba-Nya yang bersujud. Orang yang sujud mendapat keistimewaannya apatah lagi di dalam sujud itu kita berdoa. Sudah tentu mendapat perhatian yang sewajarnya. Semoga kita akan menjadi hamba yang benar-benar mendapat rahmat.

Petikan dari:
DR. YUSOF AL-QARADHAWI


Wednesday 15 August 2012

Majlis Khatam Quran dan Pemberian Duit Raya


Sempena mengakhiri bulan Ramadhan yang penuh keberkatan, pihak sekolah telah menganjurkan Majlis Khatam Quran untuk pelajar darjah 6. Juga bersempena hari raya yang bakal menjelma, pemberian duit raya dan cenderehati oleh pihak sekolah kepada kesemua murid turut diadakan.






MC tetap dan berpencen...



Guru Besar merasmikan majlis


Bila nak bagi duit raya ni?

PK Hem sedang menjaga anak buahnya.

Cikgu Kalami tekun mengawasi murid

Ustaz Riduan mengetuai bacaan


Qari jemputan?


Tekun mengaji


Terima kasih cikgu

Bestnye dapat duit raya


Sunday 12 August 2012

Salam Aidilftiri


Dalam kita menziarahi saudara mara dan sahabat handai, jangan lupa baca doa ini.

Ya Allah Ya Tuhan Kami,
dengan keberkatan bulan Syawal yang mulia ini, turunkanlah rahmat dan keberkatan kepada kami semua, ampunilah kami semua, masukkanlah kami semua ke dalam Syurga-Mu dan jauhkanlah kami daripada seksaan api neraka-Mu.


Ya Allah Ya Tuhan Kami, 
kurniakanlah kesihatan, keselamatan, kesejahteraan, kebahagiaan, ketenangan dan kegembiraan kepada kami semua, perbaikilah hubungan antara kami dan mesrakanlah antara hati-hati kami dan tunjukkanlah kepada kami jalan-jalan yang membawa kebajikan di dunia ini dan lepaskanlah kami daripada kegelapan dosa dan jauhkanlah kami daripada segala kekejian sama ada zahir ataupun yang tersembunyi daripadanya.


Ya Allah, 
Engkaulah yang maha terpuji, Engkaulah yang maha pemurah dan yang maha kaya, kurniakanlah keberkatan kepada rezeki yang Engkau kurniakan kepada kami semua khususnya rezeki yang Engkau Kurniakan kepada tuan rumah ini (sebutkan nama tuan rumah) seisi keluarga, dengan rahmat-Mu,
Ya Karim, Ya Arhamarrahimin


Ya Allah Ya Tuhan Kami,
jadikanlah usaha ziarah hari raya ini sebagai usaha yang diberkati dan dirahmati, segala amal perbuatan baik kami diterima dan jadikanlah kami semua hamba-hamba-Mu yang sentiasa bersyukur atas ni’mat kurniaan-Mu.


Ya Allah Ya Tuhan Kami, 
jadikanlah pertemuan kami ini pertemuan yang dirahmati, dan perpisahan kami selepasnya nanti, perpisahan yang sentiasa terpelihara. Permudahkanlah urusan kami dan sempurnakanlah semua pekerjaan kami dengan segala kebaikan, dengan rahmat-Mu,
Ya Arhamar Rahimin.


Sumber: http://www.darussyifa.org/

Wednesday 8 August 2012

Majlis Berbuka Puasa

Pada 8hb Ogos 2012, SK. Kg. Baru Rasau Kerteh 5, telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa besama-sama anak yatim. Pelbagai aneka juadah berbuka puasa disediakan oleh guru-guru, kakitangan dan pekerja swasta sekolah. Majlis ini juga turut meraikan guru yang bertukar ke sekolah lain. 


    - Nyum-nyum... banyaknyer lauk.

   
   - Suasana sebelum berbuka puasa - sesi memilih lauk 


    Guru-guru memilih lauk untuk berbuka puasa

       Anak-anak yatim memilih lauk yang mereka sukai. 
   

     Tersipu-sipu malu biler gambarnyer diambil. 
       

    Ada yang berbuke puase dah... Tak masuk waktu lagi. 

    
     


    Guru Besar mengagihkan cenderamata kepada anak-anak yatim 

    Terima kasih Cikgu.. 

    Jasamu Dikenang. Guru Besar Menyampaikan Hadiah kepada Pn. Lazifah yang berpindah ke SK Kerteh. 



s



Monday 6 August 2012

Petua Imam Ghazali Mencari Lailatul Qadar




Tanda Tanda Malam Lailatul Qadar
Pesan junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W adalah malam qadar berlaku pada satu malam daripada 10 malam terakhir (hari ganjil) bulan ramadhan.
Petua oleh Imam Ghazali dan lain-lain ulama untuk cari mencari malam Lailatul Qadar
Jika awal ramadhan jatuh pada hari:

Wednesday 1 August 2012

Tidak ponteng kelas kerana cikgu cantik


Seorang guru mengajar subjek bahasa Inggeris yang bernama Lin Xuewei menjadi terkenal secara tiba-tiba di Guangdong University of Foreign Studies Business College. Dia menjadi popular bukan kerana memakai pakaian yang ketat dan seksi tetapi kerana kecantikan semulajadinya sehinggakan dia digelar "Goddes Sister". 


Disebabkan kecantikan yang dimiliki oleh Lin Xuewei, kebanyakan pelajar-pelajar di universiti tersebut tidak lagi ponteng kelas apabila cikgu bahasa Inggeris ini masuk mengajar. Menurut rakan sekolah sekolahnya dahulu, dia digambarkan sebagai seorang yang mempunyai kecantikan yang sangat sempurna. 

Ada juga yang berjenaka dengan mengatakan kalau la dari dulu lagi cikgu-cikgu yang mengajar bahasa Inggeris ini cantik, sudah tentu prestasi subjek bahasa Inggeris meningkat. Ada juga pelajar yang menulis untuk meminta Kementerian Pelajaran supaya mula mengambil guru-guru yang cantik sebagai tenaga pengajar.

Sumber: Unit Sekolah Rendah

Sunday 29 July 2012

Salam Ramadhan 1433

Untuk semua warga SKKBRK5, semoga semua ibadat kita kan diberkati dan diterima Allah SWT.




“Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa,” (Al Baqarah, 2:183)

Sunday 3 June 2012

SaMbUtAN HaRi GuRu 2012

Tanggal 16 Mei  setiap tahun  Hari Guru di Malaysia disambut  sebagai penghargaan kepada para guru. 

Tema Hari guru pada tahun ini : Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara

Sambutan Hari Guru di SK Kg Baru Rasau Kerteh 5,  tahun ini seperti juga tahun-tahun yang lalu, tetap meriah dengan pelbagai aktiviti yang dirancang oleh Kelab Guru . Antara aktiviti yang diadakan adalah persembahan murid,  pertukaran hadiah, anugerah guru dan sukaneka.