UPSR (11-14 SEPT)

Tuesday 25 June 2013

ProGrAm PeMaKaIaN PeNuTuP HiDuNg

26 Jun 2013, pihak sekolah telah  menyahut seruan Kementerian Pendidikan Malaysia dengan mengadakan satu program pemakaian penutup hidung ( nasal mask) dikalangan murid-murid. Program ini adalah salah satu langkah-langkah pihak Kementerian Pendidikan Malaysia bagi menjamin kesihatan dan keselamatan murid-murid di sekolah yang berada dalam kawasan jerebu. 

Pihak sekolah telah disarankan oleh kementerian agar sentiasa mengikuti perkembangan semasa melalui media massa mengenai fenomena jerebu di kawasan atau daerah masing-masing supaya mudah untuk mengambil tindakan. Selain itu, murid-murid dinasihatkan memakai penutup hidung dan banyak minum air.  Pihak sekolah juga hendaklah merujuk murid-murid yang didapati tidak sihat ke klinik atau hospital berhampiran.


Program dimulakan dengan bacaan doa. 


Murid-murid menerima penutup hidung daripada guru masing-masing. 



guru-guru memberi penerangan cara-cara memakai penutup hidung. 






Gelagat murid-murid apabila memakai penutup hidung. 


Model untuk"pemakai penutup hidung"

"Ni caranya pakai topeng" -  ciri-ciri guru penyayang. hehehe



Guru besar mengambil kesempatan berbual-bual dengan murid berkaitan jerebu yang melanda malaysia.



Sempat mengambil gambar murid-murid memakai penutup hidung di dalam kelas

1 comment: