UPSR (11-14 SEPT)

Sunday 23 June 2013

Program Dasar Warga Emas Negara (DWEN)

Program Dasar Warga Emas Negara adalah suatu program yang dilancarkan oleh kerajaan bagi  mencapai matlamatnya iaitu : Mendayaupayakan individu, keluarga dan masyarakat dengan menyediakan perkhidmatan mesra warga emas yang cekap dan berkesan serta membangunkan persekitaran yang memboleh dan membantu supaya warga emas hidup sejahtera.

Selaras dengan itu, unit HEM SKKBRK5 diketuai oleh PKHEM Pn.Roslina Abu Samah telah melaksanakan program ini dengan melawat warga emas dalam masyarakat sekitar sekolah. Program yang disertai oleh 4 orang guru, wakil PIBG dan 9 orang murid ini telah pun diadakan pada 19 Jun yang lepas. Antara aktiviti yang dilakukan adalah, beramah mesra dengan warga emas, membersihkan kawasan rumah dan menyampaikan sedikit cenderehati dari pihak sekolah.



Bergamabr bersama warga emas yang dilawati

Bertanya khabar dan beramah mesra


Bersama-sama membersihkan kawasan rumah warga emas

Pandangan di dapur rumah warga emas

Pelajar membantu warga emas mengemaskan tempat tidur.

PKHEM menyampaikan cenderehati kepada warga emas

Wakil PIBG menyampaikan cenderehati

Menikmati jamuan ringan

Antara murid yang terlibat

Guru bersama wakil PIBG

No comments:

Post a Comment