UPSR (11-14 SEPT)

Saturday 2 February 2013

Program Sayang Disayang

Pada 31 Januari 2013, pihak sekolah dibawah Unit Bimbingan dan Kaunseling telah mengadakan suatu program berbentuk motivasi untuk pelajar tahun 6 dan ibu bapa iaitu Program Sayang Disayang. Program ini telah dirasmikan oleh Tuan Guru Besar SKKBRK5 dan diteruskan dengan ceramah motivasi yang disampaikan oleh Ustaz Mokhtar bin Yaakob, Pegawai Agama, Pejabat Felda Wilayah Gua Musang, Kelantan.


Antara intipati ceramah yang disampaikan beliau adalah:
  1. Pendidikan untuk anak-anak pelajar bermula dari rumah.
  2. Pentingnya tanggungjawab seorang IBU bagi memastikan kejayaan anak-anak.
    • Ibu perlu mendekatkan diri dengan ALLAH SWT
    • Jangan meninggalkan solat hajat dan solat sunat Dhuha.
    • Sentiasa memberi anak-anak makan hasil dari air tangan sendiri.
  3. Sentiasa mengutamakan pelajaran anak-anak lebih dari segala yang lain.
  4. Ibubapa perlu mendampingi guru-guru bagi mengetahu kelemahan anak-anak.
  5. Ibubapa perlu sentiasa mengambil bahagian dalam aktiviti yang pihak sekolah anjurkan.

Tuan Guru Besar merasmikan program
Guru Penyelaras UPSR menerangkan sasaran & perancangan awal UPSR tahun 2013
Ustaz Mokhtar b. Yaakob menyampaikan ceramah beliau.
Antara jemputan yang hadir

Penuh tumpuan para ibu dan bapa mendengar ceramah.

Ustaz Mokhtar penuh bersemangat.
 






No comments:

Post a Comment