UPSR (11-14 SEPT)

Saturday 2 February 2013

LADAP (Guru Penyayang, Murid Berkualiti)

31 Januari 2013, bagi mengisi jadual LADAP 2013, sesi ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Mokhtar b. Yaakob, Pegawai Agama Pejabat Felda Wilayah Gua Musang telah diadakan untuk guru-guru dan kakitangan SKKBRK5 bermula jam 2.30-4.30 petang.
Antara perkara yang disebut oleh Al-Fadhil Ustaz adalah berkenaan:

  1. Perbezaan Mu'allim dan Murobbi.
  2. Menjadi seorang guru adalah Mu'allim.
  3. Menjadi Murobbi memerlukan 2 ilmu iaitu:
    • Ilmu yang hendak diajar.
    • Ilmu untuk menjadi 'tuk guru'.
      • Mampu mengkaji kelemahan murid
      • Menyesuaikan keupayaan murid dengan teknik pengajaran
      • Mengambil berat perkembangan murid dari segi pelajaran dan moralnya.
      • Perlukan banyak pengorbanan.
  4. Sentiasa menghubungkan diri dengan ALLAH SWT.
  5. Diri yang tidak membaca Al-Quran sekurang-kurangnya 10 ayat sehari akan dikuasai oleh Syaitan setiap kata-katanya.
  6. Melakukan sembahyang sunat taubat sebelum mengajar.
  7. Melihat kesalahan diri sendiri sebelum menilai orang lain.
Cikgu Hj Khairollah mempengerusikan majlis.
Ustaz memulakan ceramahnya.


Penuh semangat dan menusuk jiwa setiap ucapan beliau.

Guru-guru begitu tekun dan penuh perhatian.



Terima kasih kepada Al-Fadhil Ustaz. Kami tidak akan serik untuk ,menjemput Ustaz di lain kali. 


No comments:

Post a Comment