UPSR (11-14 SEPT)

Wednesday 3 February 2016

Hapuskan Aedes, Cegah Demam Denggi

Semakin hari semakin meningkat kes demam denggi yang berlaku di negara kita.. Ada sahaja kes terbaru yang dilaporkan dalam berita.. Mengikut laporan di dalam surat khabar kes demam denggi meningkat hampir 100% dari tahun lepas.. Antara negeri yang mencatatkan kes demam denggi paling tinggi ialah negeri Selangor.. Rasa takut bila melihat statistik kes denggi di Malaysia tak pernah turun.. Jangan main-main dengan demam denggi, jika lambat di rawat boleh menyebabkan kematian.. Nauzubillahiminzalik..

Mengapa demam denggi boleh wujud di Malaysia ?
Cuaca di negara kita yang menerima sinaran matahari terik dan hujan sepanjang tahun mewujudkan keadaan yang sangat sesuai untuk pembiakkan ‘vektor’ atau pembawa virus demam denggi. Vektor yang penting di negara kita adalah nyamuk betina Aedes egypti. Nyamuk ini membiak dalam takungan air bersih seperti pasu bunga, takungan air hujan di dalam tayar atau sampah sarap serta kolam air mandian dan lain lain.
Apakah tanda-tanda demam denggi?
Setelah digigit oleh nyamuk Aedes betina yang telah dijangkiti, virus tersebut boleh berada dalam sistem saluran darah selama 3 hingga 14 hari dan menyebabkan penyakit.  Manifestasi demam denggi bergantung kepada usia dan tahap imuniti seseorang. Bagi kanak kanak yang agak besar serta orang dewasa ,  tanda tanda demam denggi tidak banyak berbeza daripada jangkitan virus yang lain (viral fever) seperti berikut – :
1. Demam
2. Sakit sendi dan otot
3. Sakit dibelakang mata
4. Pening kepala
5. Rasa loya dan muntah
6. Ruam
7. Gusi berdarah (akibat daripada penurunan sel pembeku darah)
Bayi juga tidak terkecuali daripada serangan jangkitan yang merbahaya ini. Tanda tanda jangkitan dalam bayi adalah agak tidak spesifik seperti demam panas, ruam dan kurang menyusu.  Demam ini boleh berlanjutan sehingga 7- 10 hari.


No comments:

Post a Comment