UPSR (11-14 SEPT)

Sunday 21 June 2015

IhYa' RaMaDhAn 2015

IhYa' RaMaDhAn 2015

       Ramadhan adalah bulan yang Allah janjikan kepada umat Islam untuk mendapatkan pahala yang berlipatkali ganda. Oleh yang demikian, program ini diadakan  dengan tujuan untuk mendapatkan keredhaanAllah dan memohon agar ibadat ini akan mendapat ganjaran pahala dari Allah serta dapat memberikan penghayatan dan pengajaran pada bulan ramadhan ini.


 Murid-murid  mesti menyertai aktiviti kokurikulum untuk menyeimbangkan tahap sosialisasi mereka dalam melangkah ke alam kehidupan yang lebih mencabar . Pengalaman yang mereka lalui pada program kali ini insya’Allah boleh diaplikasikan untuk masa-masa akan datang.


Jawatankuasa program ini berharap agar program ini dapat  membantu perkembangan murid dalam pelbagai aspek  serta dapat mencapai objektif-objektif yang dirancang.

Program ini melibatkan semua murid Sekolah Kebangsaan Kampung Baru Rasau kerteh 5. pada 17hb 6 2015, program ini telah dirasmikan oleh Tuan Guru Besar Sekolah Kami, iaitu En. Mohd Saidi B. Embong




 Ustaz Mohd Kamal  sedang memberi tazkirah Ambang Ramadhan


No comments:

Post a Comment