31 Januari 2013, bagi mengisi jadual LADAP 2013, sesi ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Mokhtar b. Yaakob, Pegawai Agama Pejabat Felda Wilayah Gua Musang telah diadakan untuk guru-guru dan kakitangan SKKBRK5 bermula jam 2.30-4.30 petang.
Antara perkara yang disebut oleh Al-Fadhil Ustaz adalah berkenaan:
- Perbezaan Mu'allim dan Murobbi.
- Menjadi seorang guru adalah Mu'allim.
- Menjadi Murobbi memerlukan 2 ilmu iaitu:
- Ilmu yang hendak diajar.
- Ilmu untuk menjadi 'tuk guru'.
- Mampu mengkaji kelemahan murid
- Menyesuaikan keupayaan murid dengan teknik pengajaran
- Mengambil berat perkembangan murid dari segi pelajaran dan moralnya.
- Perlukan banyak pengorbanan.
- Sentiasa menghubungkan diri dengan ALLAH SWT.
- Diri yang tidak membaca Al-Quran sekurang-kurangnya 10 ayat sehari akan dikuasai oleh Syaitan setiap kata-katanya.
- Melakukan sembahyang sunat taubat sebelum mengajar.
- Melihat kesalahan diri sendiri sebelum menilai orang lain.
|
Cikgu Hj Khairollah mempengerusikan majlis. |
|
Ustaz memulakan ceramahnya. |
|
Penuh semangat dan menusuk jiwa setiap ucapan beliau. |
|
Guru-guru begitu tekun dan penuh perhatian. |
Terima kasih kepada Al-Fadhil Ustaz. Kami tidak akan serik untuk ,menjemput Ustaz di lain kali.
No comments:
Post a Comment