Sejarah Sekolah
Mula beroperasi pada Jun tahun 2000 bagi memenuhi keperluan pelajaran
penduduk sekitar yang terdiri daripada anak-anak peneroka rancangan Felda
Kerteh 4 dan 5 serta daripada kawasan perumahan berdekatan iaitu Taman
Perumahan Muhibbah atau lebih dikenali dengan Taman Tasja. Berkeluasan 4.832
hektar dan berpagar, terletak di gugusan Felda Rasau Kerteh, Ketengah Jaya, dan
di bawah pentadbiran Pejabat Pelajaran Daerah Kemaman.
Pembinaan sekolah ini adalah hasil usaha dari bekas YB Adun Kemasek,
Datuk Abu Bakar Ali. Pada masa tersebut, di kawasan Ketengah Jaya ini, telah
terdapat 2 sekolah rendah yang terawal iaitu Sekolah Kebangsaan Felda Kerteh 1
dan Sekolah Kebangsaan Ketengah Jaya.Bagaimanapun, kedua-dua sekolah tersebut
mengalami kepadatan pelajar yang terdiri dari anak-anak di 4 buah perkampungan
Felda iaitu, Felda Kerteh 1, Felda Kerteh 4, Felda Kerteh 5 dan Felda Kerteh 6.
Termasuk juga dengan anak-anak kakitangan KETENGAH, FELDA, PORIM dan juga
anak-anak guru dari sekolah rendah dan juga sekolah menengah dikawasan
ini.
Atas sebab inilah YB Datuk Abu Bakar Ali berusaha dengan sekuat mungkin
bagi merealisasikan pembinaan Sekolah Kebangsaan Kampung Baru Rasau Kerteh 5
ini. Pada asalnya, tapak yang dicadangkan adalah berada di kawasan Felda Kerteh
5, namun atas alasan teknikal yang tidak dapat dielakkan, ianya terpaksa dialih
ke tapak yang baru iaitu dalam kawasan Felda Kerteh 4 yang mana ianya
berada di dalam jajahan Parlimen Dungun. Namun, bagi mengenang jasa YB Datuk
Abu Bakar Ali yang merupakan Adun Kemasek dan berada dibawah jajahan Parlimen
Kemaman, sekolah ini diberi nama Sekolah Kampung Baru Rasau Kerteh 5 yang mana
Felda Kerteh 5 itu sendiri termasuk dalam kawasan Parlimen Kemaman.
Senarai Guru Besar
1. En. Haji Amran bin Salleh (Jun 2000 -
Oktober 2002)
2. En.Derahman bin Ahmad (Oktober 2002 - Januari 2013)
3. En.Mohd Saidi bin Embong (Januari 2013 – Sekarang)
Moto
Smart Express Accurate
(Kemas
Cepat Tepat)
Visi
Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang
Misi
Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti
Objektif
- Melahirkan warga yang berilmu, berdisiplin dan bertakwa kepada Ilahi dalam menuju wawasan yang gemilang.
- Memupuk nilai-nilai terpuji di kalangan pelajar bagi mencapai kecemerlangan akademik bersama sahsiah yang terbilang.
- Menjalin ikatan antara pelajar dan guru bagi melahirkan ukhuwah dalam pengajaran dan pembelajaran.
- Mewujudkan hubungan 2 hala yang strategik di antara guru-guru dan penduduk setempat.
Piagam Pelanggan
Lencana Sekolah
- Sentiasa berusaha memberi tunjuk ajar dan didikan yang terbaik kepada semua murid dengan penuh tanggungjawab dan kasih sayang.
- Eratkan hubungan,kerjasama sesama guru,staf sokongan,ibubapa dan komuniti setempat melalui program pemuafakatan.
- Bersikap jujur,amanah,berdisiplin, berintegriti dan mematuhi peraturan.
- Menyokong dan bekerjasama dengan ppd,jpn,kpm dalam menjayakan dasar pentadbiran.
Lencana Sekolah
No comments:
Post a Comment