Ceramah motivasi ini diadakan di dewan sekolah SKKBRK5, yang turut dihadiri oleh muird murid tahun 4,5, dan 6 serta ibu bapa murid-murid .
UPSR (11-14 SEPT)
Sunday, 25 August 2013
PECUTAN AKHIR 2013
Pada 22 hb Ogos 2013, SK KG Baru Rasau Kerteh 5, telah menjemput Dr(II) Wan Rozeb Bin Wan Salleh iaitu Pengarah Urusan Ummi Motivation Training & Consultant untuk memberi ceramah bagi meningkatkan kecemerlangan pelajar bagi membentuk jatidiri, sahsiah,sikap,keperibadian menerusi satu rahsia penting memperkasakan minda sendiri.
Wednesday, 21 August 2013
PELUPUSAN BUKU TEKS
Guru Skim Pinjaman Buku Teks SKKBRK5 iatu Tuan Haji Kharollah Bin Samad, telah mengarahkan murid-murid mengangkut buku teks lama untuk dilupuskan.
Monday, 5 August 2013
Pembahagian Duit Raya
5 Ogos 2013, pihak sekolah telah mengadakan majlis ringkas bagi membahagikan duit raya kepada semua pelajar SKKBRK5. Majlis bermula sebaik saja waktu persekolahan berakhir. Pelajar menerima duit raya dan bersalaman dengan guru-guru sebelum pulang ke rumah masing-masing.
MESYUARAT AJK PIBG
Pada 5hb Ogos 2013, SKKBRK5 dan PIBG telah mengadakan mesyuarat ahli jawatankuasa PIBG. Mesyuarat ini membincangkan isu-isu semasa sekolah, projek yang sedang dan akan dijalankan di sekolah dan juga perkembangan murid-murid dalam menghadapi UPSR yang akan berlangsung tidak lama lagi. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh YDP PIBG dan turut dihadiri oleh NYDP, Setiausaha PIBG, Guru Besar serta semua Penolong Kanan berlangsung selama 1 jam.
Sunday, 4 August 2013
Selamat Hari Raya
Dengan ingatan tulus ikhlas dari seluruh warga SK Kampung Baru Rasau Kerteh 5.
Semoga lebaran ini membuka ruang kemaafan dan mengeratkan lagi silaturrahim sesama kita semua. Inshaallah.
Saturday, 3 August 2013
Majlis Khatam Quran Peringkat Sekolah
1 Ogos 2013 bersamaan 23 Ramadhan 1434, Panitia Agama Islam dibawah kelolaan PKKO telah mengadakan Majlis Khatam Quran Peringkat sekolah. Majlis dirasmikan oleh Tuan Guru Besar SKKBRK5 , En Mohd Saidi b. Embong manakala bacaan Al-Quran telah diketuai oleh Al Fadhil Ustaz Khaled, Imam masjid Felda Kerteh 4.
Antara pelajar yang menyertai |
Pn Pengerus majlis memulakan majlis |
Subscribe to:
Posts (Atom)