UPSR (11-14 SEPT)

Saturday 24 October 2015

MESYUARAT GURU

Mesyuarat Guru akan diadakan spt ketetapan di bawah:
Tarikh  :  21/10/2015
Hari      :  Rabu
Masa    :  1.40 ptg
Tempat :  Bilik Mesyuarat
Agenda:
1.  Ucapan pengerusi
2.  Pengesahan Minit
3. Perkara berbangkit
4. Taklimat OSH in school
5.  Pep. Akhir Tahun
6.  Hari Apresiasi 2015
7.  Persediaan Thn 2016
8.  Hal2 lain

Aturcara:
12.30 - Guru2 dijemput
              makan di kantin.Bg
              yg ada kelas, pdp
              setakat pukul 1.00
              tgh shj.
1.00  -  Murid2 dibenarkan
              pulang awal.Semua
              guru solat zohor &
              hajat berjemaah di
              surau sekolah.  
1.40  -  Mesyuarat bermula











MESYUARAT JK PIBG KALI KE 2 2015/2016





PROGRAM GOSOK GIGI BERSAMA PEGAWAI KESIHATAN KETENGAH JAYA






DEMO LATIHAN KEBAKARAN DAN KECEMASAN







Sunday 11 October 2015

Awal Muharram

Erti,Sejarah,Peristiwa, Amalan Sunnat serta doa Maal Hijrah..

Syukur Alhamdulillah dengan limpah kurnianya,bulan Zulhijjah akan melabuhkan tirainya dan seluruh umat Islam sibuk untuk menyambut Awal Muharram 1432 Hijrah. Bersempena dengan Maal Hijrah atau Awal Muharram ini, marilah kita bersama-sama munasabah diri dengan menghayati bulan yang mulia ini. Walaupun aku tak arif sangat dalam soal agama, aku akan cuba kongsikan serba sedikit dengan korang pengertian Muharram serta peristiwa2 yang berlaku pada bulan Muharram, Sejarah Asyura, Keistimewaan Hari Asyura, Doa Awal tahun dan Akhir Tahun dalam entry kali ini.



-----------------------------------------------------------

Pengertian dan Sejarah dengan Ringkas

Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram ini adalah suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana ia menandakan dua peristiwa penting berlaku dalam sejarah Islam. Pertama, memperingati penghijrahan Nabi Muhammad dari Kota Mekkah ke Madinah pada tahun 622 masihi, dan kedua, ia merupakan hari keagamaan di mana umat Islam mengadakan solat sunat di masjid-masjid di seluruh negeri. Pada setiap Maal Hijrah, Malaysia diisytiharkan sebagai cuti umum bagi menyambut titik permulaan tahun hijrah bagi umat Islam.

Bulan Muharam adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Bermulanya kisah perpindahan Rasulullah s.a.w dan para sahabat r.a dari kota Mekah ke Madinah dan sebelumnya perpindahan sesetengah sahabat dari Mekah ke Habsyah, merupakan pembinaan langkah baru sebagai persiapan menghadapi cabaran yang bakal tiba secara terus menerus. Hijrah bukanlah asing dalam Islam dan ia adalah sebahagian daripada Islam. Hijrah kerana menuntut ilmu, mencari kebenaran, berjihad, berdakwah, mencari nafkah, kerana perniagaan dan bermacam-macam hijrah lagi adalah tuntutan dan asas ajaran Islam itu sendiri. Hijrah Rasulullah SAW memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwah dan syiar Islam itu sendiri.

Muharram membawa maksud ‘diharamkan’ atau ‘dipantang’, iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91)

Erti Ayat Al Baqarah 91
Dan apabila dikatakan kepada mereka: “Berimanlah kamu kepada apa yang telah diturunkan oleh Allah (kepada Nabi Muhammad)”, mereka menjawab: “Kami hanya beriman kepada apa yang telah diturunkan kepada kami (Taurat)”. Dan mereka ingkarkan (Kitab) yang lain yang diturunkan kemudian daripadanya, padahal Al-Quran itu benar lagi mengesahkan Kitab Taurat yang ada pada mereka. Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika demikian mengapa kamu membunuh Nabi-nabi Allah pada masa yang lalu kalaulah kamu benar-benar orang-orang yang beriman?”.

Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.

Hijrah bermaksud berpindah dari satu tempat ke satu tempat atau berubah dari satu keadaan kepada satu keadaan lain.Secara istilah pula, hijrah adalahmeninggalkan sesuatu yang dilarang.Ini berdasarkan hadis bahawa Rasulullah saw bersabda:
المُهاَجِرُ مَنْ هَجَرَ السُّوْءَ فَاجْتَنَبَهُ
“Orang yang berhijrah ialah orang yang meninggalkan kejahatan, maka dia menjauhinya.” (Hadis riwayat Ahmad)


-------------------------------------------------
Sambungan Sejarah bulan Muharram...

Seperti yang kita tahu,bulan Muharram adalah bulan pertama dalam kalendar Hijrah. Ia adalah bulan Allah SWT,bagi menandakan kemulian dan kelebihannya.Ini kerana Allah SWT dan Rasul tidak menyandarkan sesuatu kepada Allah melainkan sebagai tanda kelebihan dan kemuliannya berbanding yang lain. Dari Abu Hurairah R.A. Nabi S.A.W. bersabda yang bermaksud:

“Seutama-utama puasa selepas Ramadhan adalah puasa dalam bulan Allah al-Muharram, dan seutama-utama solat selepas solat yang wajib ialah solat malam.”

Bulan Allah al-Muharram juga merupakan salah satu bulan haram yang disebut oleh Allah swt di dalam ayat-Nya:

“Sesunguhnya bilangan bulan di sisi Allah ialah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah pada waktu Dia menciptakan langit dan bumi, diantaranya empat bulan haram, iaitulah (ketetapan) agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu…” (at-Taubah: 36)

Dalam bulan yang mulia ini, terdapat satu hari yang bersejarah dalam diari Umat Islam, iaitu hari `Asyura.

----------------------------------------------------
Sejarah Hari 'Asyura'

Salamah bin al-Aqwa’ R.A. meriwayatkan: Maksudnya:

“Bahawasanya Nabi S.A.W. telah mengutus seorang lelaki, untuk menyeru manusia pada hari ‘Asyura, sesiapa yang telah makan pada hari tersebut hendaklah dia berpuasa dan siapa yang belum makan pada hari tersebut maka janganlah dia makan (teruskan berpuasa).” (HR al-Bukhari)

Aisyah r.’anha berkata:

“Adalah umat Islam dahulunya berpuasa ‘Asyura sebelum difardhukan Ramadhan, hari tersebut adalah hari orang-orang Jahiliyyah menyelimuti Ka’bah (dengan kain selimut), apabila Allah menfardhukan Ramadhan, Rasulullah S.A.W. bersabda: “Siapa yang hendak berpuasa ‘Asyura, maka berpuasalah, siapa yang tidak hendak, tinggalkanlah.” (HR al-Bukhari dan Muslim)

Apabila difardhukan puasa Ramadhan pada pertengahan tahun kedua hijrah, maka dimansukhkan hukum wajib puasa pada hari ‘Asyura dan kekal hukumnya sebagai sunat. Puasa ‘Asyura ini tidak diwajibkan melainkan pada peringkat awal Hijrah ialah pada tahun pertama sehingga pertengahan pertama tahun kedua Hijrah. Setelah daripada itu, pada tahun ke-10 hijrah Nabi S.A.W. berazam untuk berpuasa ‘Asyura beserta dengan hari sebelumnya iaitu hari ke-9 Muharram agar berbeza dengan Ahli Kitab yang juga berpuasa pada hari ‘Asyura sahaja.

----------------------------------------------------
Peristiwa penting pada Bulan Muharram

1 Muharam – Khalifah Umar Al-Khattab menetapkan adalah hari pertama bagi setiap tahun baru Islam (Kalendar Hijriah).

10 Muharam – Dinamakan juga hari ‘Asyura’. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.

Pada hari ini juga, Allah SWT telah membentangkan segala nikmat dan kelebihan kepada rasul2nya. Antara peristiwa2 yang berlaku pada hari 10 Muharram ialah :

:: Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
:: Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
:: Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
:: Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
:: Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
:: Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
:: Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
:: Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
:: Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
:: Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musadan pengikutnya dari tentera Firaun.
:: Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
:: Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
:: Hari pertama Allah menciptakan alam.
:: Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
:: Hari pertama Allah menurunkan hujan.
:: Allah menjadikan 'Arasy'.
:: Allah menjadikan Luh Mahfuz.
:: Allah menjadikan alam.
:: Allah menjadikan Malaikat Jibril.
:: Nabi Isa diangkat ke langit.

----------------------------------------------------
Amalan Sunat Di Bulan Muharram

Mengikut ulama besar, Syeikh Abdul Rahman Asyfuri, 14 perkara sunat diamalkan pada hari Asyura (10 Muharam). Antaranya:

Puasa sunat hari Asyura. Allah menjanjikan pahala umpama 1,000 kali haji, seribu umrah, seribu syahid dan diharamkan daripada neraka.

Abu Qatadah berkata, Nabi S.A.W. telah ditanya tentang puasa pada hari ‘Asyura, baginda bersabda:

“Ia (puasa ‘Asyura) menghapuskan dosa setahun yang lalu.” Dalam riwayat yang lain,maksudnya: “Dan puasa hari ‘Asyura, aku mengharapkan agar Allah menghapuskan dosa setahun sebelumnya.” (HR Muslim)

Hadith diatas jelas merupakan anjaran Rasulullah kepada umatnya agar berpuasa pada hari kesepuluh di dalam bulan Allah Muharram. Ini dijelaskan pada akan terhapusnya dosa setahun yang lalu iaitu dosa-dosa yang kecil.

Menjamu orang berbuka puasa. Allah memberi pahala, seperti memberi seluruh umat Islam berbuka puasa.
Sembahyang sunat empat rakaat. Niatnya “Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala.” Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah, baca surah Al-Ikhlas 11 kali. Allah akan mengampunkan dosanya, walaupun berterusan 50 tahun melakukannya.
Membaca Surah Al-Ikhlas 1,000 kali. Allah akan memandangnya dengan pandangan rahmat di akhirat.
Mandi sunat. Niatnya “Sahaja aku mandi sunat Asyura kerana Allah Taala.” Allah swt memberi kesihatan yang baik dan tidak sakit berat, pada tahun itu.
Memakai celak. Allah swt menjauhkan daripada sakit mata pada tahun itu.
Memelihara kehormatan diri. Allah swt mengurniakan supaya hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
Bersedekah. Allah swt menjauhkannya daripada neraka sejauh seekor gagak terbang tidak berhenti-henti hingga ia mati dan diberi pahala seperti bersedekah kepada fakir miskin di dunia ini.
Menyapu kepala anak yatim. Allah swt mengurniakan sepohon di syurga bagi setiap helai rambut yang disapunya.
Menunjukkan orang sesat ke jalan benar. Allah memenuhkan cahaya iman dalam hati-nya.
Menahan marah. Allah swt memasukkannya ke dalam golongan orang yang reda.
Memuliakan fakir miskin. Allah swt memuliakan-nya dalam kubur.
Melapangkan belanja anak isteri. Allah swt akan melapangkan hidupnya pada tahun itu.
Membaca surah Al-Infithaar. Jika seseorang yang ditimpa musibah seperti demam membacanya ketika mandi, Insya-Allah akan sembuh.


BIODATA RASULULLAH SAW
· Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
· Tarikh lahir : Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571
Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah
Abrahah yang menyerang kota Kaabah).
· Tempat lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.
· Nama bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
· Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.
· Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba
perempuan bapa Rasulullah SAW).
· Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).
· Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali
Halimah As-Saadiah. Suaminya bernama Abu Kabsyah).
USIA 5 TAHUN
· Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat
untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya.
USIA 6 TAHUN
· Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa '
(sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madinah).
· Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)
dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib.
USIA 8 TAHUN
· Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
· Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.
USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).
· Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan
perniagaan.
· Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira
(Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang
pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa
itu.
USIA 20 TAHUN
· Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ' Sirah ' ,
jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah
14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan
berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
· Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul ' ; perjanjian damai untuk memberi
pertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah.
USIA 25 TAHUN
· Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah
binti Khuwailid Al-Asadiyah.
· Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.
· Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya
yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk
meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
· Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.
USIA 35 TAHUN
· Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah.
· Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk
Makkah.
· Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ' Hajarul-Aswad ' ke
tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan
batu tersebut.
USIA 40 TAHUN
· Menerima wahyu di gua Hira ' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul
akhir zaman.
USIA 53 TAHUN
· Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar
Al-Siddiq.
· Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.
USIA 63 TAHUN
· Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12
Rabiulawal tahun 11Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi.
ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW
§ Khadijah Binti Khuwailid.
§ Saudah Binti Zam'ah.
§ Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar).
§ Hafsah binti ' Umar (anak Saidina ' Umar bin Al-Khattab).
§ Ummi Habibah Binti Abu Sufyan.
§ Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah).
§ Zainab Binti Jahsy.
§ Maimunah Binti Harith.
§ Safiyah Binti Huyai bin Akhtab.
§ Zainab Binti Khuzaimah (digelar ' Ummu Al-Masakin ' ; Ibu Orang Miskin).
ANAK-ANAK RASULULLAH SAW
1. Qasim
2. Abdullah
3.. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra '
ANAK TIRI RASULULLAH SAW
Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina
Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah,
Khadijah adalah seorang janda).
SAUDARA SESUSU RASULULLAH SAW
IBU SUSUAN/SAUDARA SUSUAN
1. Thuwaibah 1. Hamzah
2. Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad
SAUDARA SUSUAN
1. Halimah Al-Saidiyyah 1. Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib
2. Abdullah bin Harith bin Abdul ' Uzza
3. Syaima ' binti Harith bin Abdul ' Uzza
4. ' Aisyah binti Harith bin abdul ' Uzza
BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW
(ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB)
1. Al-Harith
2. Muqawwam
3. Zubair
4. Hamzah ***
5. Al-Abbas ***
6. Abu Talib
7. Abu Lahab (nama asalnya Abdul Uzza)
8. Abdul Ka ' bah
9. Hijl
10. Dhirar
11. Umaimah
12. Al-Bidha (Ummu Hakim)
13. Atiqah ##
14. Arwa ##
15. Umaimah
16. Barrah
17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al-Awwam) ***
*** Sempat masuk Islam.
## Ulama berselisih pendapat tentang Islamnya.
Sabda Rasulullah SAW:
"Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai
aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam
syurga." (Riwayat Al-Sajary daripada Anas )
اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم
Nabi Muhammad SAW - Manusia agong
KENALI NABI MUHAMMAD S.A.W. SECARA LAHIRIAH. Begitu indahnya sifat fizikal
Baginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bersua
muka dengan Baginda lantas melafazkan keIslaman dan mengaku akan kebenaran
apa yang disampaikan oleh Baginda.
Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah:
- Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah saw..
- Aku melihat cahaya dari lidahnya.
- Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari
terbit.
- Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.
- Rasulullah umpama matahari yang bersinar.
- Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.
- Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya spt bulan purnama.
- Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.
- Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.
- Wajahnya seperti bulan purnama.
- Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya.
- Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa
marah.
- Mata baginda hitam dengan bulu mata yang panjang.
- Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli
di bahagian sudut.
- Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali
pertama kali melihatnya.
- Mulut baginda sederhana luas dan cantik.
- Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.
- Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.
- Janggutnya penuh dan tebal menawan.
- Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca.
- Warna lehernya putih seperti perak, sangat indah.
- Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.
- Rambutnya sedikit ikal.
- Rambutnya tebal kdg-kdg menyentuh pangkal telinga dan kdg-kdg mencecah
bahu tapi disisir rapi.
- Rambutnya terbelah di tengah.
- Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur
dari dada ke pusat.
- Dadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara kedua bahunya
lebih drpd biasa.
- Seimbang antara kedua bahunya.
- Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar
dan tersusun dgn cantik.
- Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut.
- Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik.
- Kakinya berisi, tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air.
- Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.
- Warna kulitnya tidak putih spt kapur atau coklat tapi campuran coklat dan
putih.
- Warna putihnya lebih banyak.
- Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.
- Warna kulitnya putih tapi sihat.
- Kulitnya putih lagi bercahaya.
- Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh.
- Badannya tidak gemuk.
- Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran
sederhana lagi kacak.
- Perutnya tidak buncit.
- Badannya cenderung kepada tinggi, semasa berada di kalangan org ramai
baginda kelihatan lebih tinggi drpd mereka.
KESIMPULANNYA :
Nabi Muhammad sa.w adalah manusia agung yang ideal dan sebaik-baik contoh
sepanjang zaman.
Baginda adalah semulia-mulia insan di dunia.
----------------------------------------------
DOA

Doa Akhir Tahun Hijrah

Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atausebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.


Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata “Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun”


Doa Awal Tahun Hijrah

Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram.


AKTIVITI PASCA UPSR 2015








PLC Matematik Tahun 2


PLC Matematik Tahun 2 
Tarikh :11.10.2015
Masa :9.30
Tempat : Tahun 2









PLC PENDIDIKAN ISLAM - UTZ HASBULAH MURAH


PLC PENDIDIKAN ISLAM
Tarikh :7.10.2015
Masa :10.30
Tempat : Makmal Komputer













PROGRAM SAMBUTAN HARI SUKAN NEGARA 2015


Pada 10 Oktober 2015, Program Sambutan Hara Sukan Negara,Program ini telah dirasmikan oleh Tuan Guru Besar SKKBRK5, iaitu En. Mohd Saidi Bin  Embong. Acara yang dijalankan adalah Senan Earobic dan Berjalan Kaki.






Pelajar mendengar Taklimat dari Guru Besar





Penyerahan sedikit sumbangan kepada Fasilator Aerobic