UPSR (11-14 SEPT)

Monday 30 March 2015

Sukan Tara Rumah Sukan


Acara lontar peluru


Acara lompat jauh

Perlawanan bola sepak persahabatan dengan Sk Pengkalan Ranggon


TAKLIMAT NORMA BAHARU GURU PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH

pada 30 March 2015, Satu taklimat Khas disampaikan oleh Puan Selina, Penolong Pentadibran Sekolah kepada Guru-guru pendidikan islam.tklimat ini bertujuan memaklumkan pelaksanaan norma baharu Guru pendidikan Islam (GPI) di sekolah rendah KPM dan Implikasi terhadap Pengurusan guru serta mata pelajaran Pendidikan Islam,Bahasa Arab dan program j-QAF.






Sunday 29 March 2015

Kelebihan Solat Berjemaah



Kelebihan Solat Berjemaah


Ustaz Dr. Udah bin Mohsin
Masjid al-Istiqamah Sg Merab

بسم الله الرحمن الرحيم، الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين.


Sembahyang fardhu lima waktu adalah merupakan salah satu daripada rukun Islam yang lima. Orang yang meninggalkan sembahyang maka telah robohlah  satu daripada rukun Islam daripada dirinya. Sembahyang fardhu itu sebaik-baiknya hendaklah dikerjakan dengan berjamaah. Bagi mereka yang mengerjakan sembahyang fardhu dengan berjamaah mendapat kelebihan yang amat besar.

Di antara kelebihan-kelebihan mengerjakan sembahyang fardhu dengan berjamaah ialah:

Pertama.
Sesiapa yang dapat bersama imam pada takbir pertama selama 40 hari dia terlepas daripada api neraka dan dari menjadi orang munafik

 Sabda Rasulullah s.a.w.:

مَنْ صَلَّى لِلَّهِ أَرْبَعِينَ يَوْمًا فِى جَمَاعَةٍ يُدْرِكُ التَّكْبِيرَةَ الأُولَى كُتِبَتْ لَهُ بَرَاءَتَانِ بَرَاءَةٌ مِنَ النَّارِ وَبَرَاءَةٌ مِنَ النِّفَاقِ. قَالَ أَبُو عِيسـَى وَقَدْ رُوِىَ هَذَا الْحَدِيثُ عَنْ أَنَسٍ مَوْقُوفًا وَلاَ أَعْلَمُ أَحَدًا رَفَعَهُ إِلاَّ مَا رَوَى سَلْمُ بْنُ قُتَيْبَةَ عَنْ طُعْمَةَ بْنِ عَمْرٍو عَنْ حَبِيبِ بْنِ أَبِى ثَابِتٍ عَنْ أَنَسٍ. (سنن الترمذى، الصلاة)

Bermaksud: Sesiapa yang sembahyang kerana Allah selama 40 hari dengan berjemaah dan mendapat takbir yang pertama. Ditulis bagi orang itu dua pelepasan, pelepasan daripada neraka, dan pelepasan daripada menjadi orang munafik.
Dalam hadis ini, Rasulullah s.a.w. menjelaskan bahawa orang yang dapat berjemaah bersama-sama imam dari takbir pertama hingga akhir sembahyang selama 40 hari dilakukan semata-mata kerana Allah dia terselamat daripada dua perkara iaitu terselamat daripada neraka dan terselamat daripada menjadi munafik. Dengan itu marilah kita berusaha untuk mendapatkan kelebihan ini.

Kedua.
Banyak  langkah menuju ke masjid untuk berjama`ah menghapuskan dosa dan meninggikan darjat.
Sabda Rasulullah s.a.w.:

أَلاَ أَدُلُّكُمْ عَلَى مَا يَمْحُو اللَّهُ بِهِ الْخَطَايَا وَيَرْفَعُ بِهِ الدَّرَجَاتِ. قَالُوا بَلَى يَا رَسُولَ اللَّهِ. قَالَ «إِسْبَاغُ الْوُضُوءِ عَلَى الْمَكَارِهِ وَكَثْرَةُ الْخُطَا إِلَى الْمَسَاجِدِ وَانْتِظَارُ الصَّلاَةِ بَعْدَ الصَّلاَةِ فَذَلِكُمُ الرِّبَاط». (صحيح مسلم، الطهارة)

Bermaksud: Tidakkah aku tunjukkan kamu sesuatu yang Allah menghapuskan dosa dan mengangkat darjat? Para sahabat menjawab, “Ya, wahai Rasulullah”, sabda Baginda: “Banyak langkah ke masjid dan  menunggu satu sembahyang selepas satu sembahyang. Itu adalah ikatan”. 

Hadis ini menunjukkan kepada kelebihan banyak langkah ke masjid dan kelebihan menunggu satu sembahyang setelah menunaikan satu sembahyang, dan sekali gus menunjukkan kelebihan sembahyang berjemaah. Dalam nas yang lain Baginda menegah sahabat yang hendak berpindah ketempat yang berhampiran dengan masjid dengan meninggalkan tempat kediaman yang lama.

عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ خَلَتِ الْبِقَاعُ حَوْلَ الْمَسْجِدِ فَأَرَادَ بَنُو سَلِمَةَ أَنْ يَنْتَقِلُوا إِلَى قُرْبِ الْمَسْجِدِ فَبَلَغَ ذَلِكَ رَسُولَ اللَّهِ - صلى الله عليه وسلم - فَقَالَ لَهُمْ «إِنَّهُ بَلَغَنِى أَنَّكُمْ تُرِيدُونَ أَنْ تَنْتَقِلُوا قُرْبَ الْمَسْجِدِ». قَالُوا نَعَمْ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَدْ أَرَدْنَا ذَلِكَ. فَقَالَ «يَا بَنِى سَلِمَةَ دِيَارَكُمْ تُكْتَبْ آثَارُكُمْ دِيَارَكُمْ تُكْتَبْ آثَارُكُمْ». (صحيح البخارى، المساجد)

Bermaksud: Daripada Jabir bin Abd Allah katanya: Kawasan di sekeliling masjid telah lapang, oleh itu Banu Salamah hendak berpindah ke kawasan yang berhampiran dengan masjid, maka perkara ini sampai kepada Rasulullah s.a.w. maka sabdanya: Bahawasanya sampai kepadaku berita bahawa kamu hendak berpindah ke kawasan yang hampir masjid. Mereka menjawab, “Ya, wahai Rasulullah, kami hendak demikian”. Jawab Baginda:“Wahai Bani Salamah! Rumah kamu, (jangan pindah) kesan-kesan tapak kaki kamu (ke masjid) ditulis, rumah kamu (jangan pindah), kesan-kesan tapak kaki kamu ke masjid ditulis”.

Hadis ini menunjukkan kelebihan pergi ke masjid untuk sembahyang berjemaah, di mana setiap langkah adalah mendapat pahala dari Allah s.w.t.

Ketiga.
Orang yang keluar dari rumahnya untuk menunaikan sembahyang berjamaah mendapat pahala seperti pahala orang yang mengerjakan haji.
Sabda rasulullah s.a.w.

 مَنْ خَرَجَ مِنْ بَيْتِهِ مُتَطَهِّرًا إِلَى صَلاَةٍ مَكْتُوبَةٍ فَأَجْرُهُ كَأَجْرِ الْحَاجِّ الْمُحْرِمِ وَمَنْ خَرَجَ إِلَى تَسْبِيحِ الضُّحَى لاَ يُنْصِبُهُ إِلاَّ إِيَّاهُ فَأَجْرُهُ كَأَجْرِ الْمُعْتَمِرِ وَصَلاَةٌ عَلَى أَثَرِ صَلاَةٍ لاَ لَغْوَ بَيْنَهُمَا كِتَابٌ فِى عِلِّيِّينَ. (سنن أبى داود، الصلاة)

Bermaksud: Siapa yang keluar dari rumahnya dengan keadaan bersuci menuju kepada sembahyang fardhu maka pahalanya seperti pahala orang haji yang berihram dan sesiapa yang keluar hanya semata-mata untuk tasbih al-Duha maka pahalanya seperti pahala orang yang mengerjakan umrah. Satu sembahyang selepas satu sembahyang, tiada melakukan perkara sia-sia di antara kedua-duanya ditulis pada kalangan orang yang mempunyai kedudukan yang tinggi.

Keempat.
Orang yang sembahyang berjamaah Allah ampunkan dosanya.
Sabda Rasulullah s.a.w.

مَنْ تَوَضَّأَ لِلصَّلاَةِ فَأَسْبَغَ الْوُضُوءَ ثُمَّ مَشَى إِلَى الصَّلاَةِ الْمَكْتُوبَةِ فَصَلاَّهَا مَعَ النَّاسِ أَوْ مَع
الْجَمَاعَةِ أَوْ فِى الْمَسْجِدِ غَفَرَ اللَّهُ لَهُ ذُنُوبَهُ. )صحيح مسلم، الطهارة)

Bermaksud: Sesiapa yang berwuduk untuk mengerjakan sembahyang lalu dia berwuduk dengan sempurna kemudian dia pergi ke masjid untuk sembahyang fardhu kemudian dia pun bersembahyang berserta dengan orang ramai, atau berjemaah atau dalam masjid maka Allah mengampunkan untuknya dosa-dosanya.

Maksud dosa-dosa di sini adalah dosa kecil kerana dosa besar memerlukan kepada taubat atau keampunan dari Allah.

Kelima.
Orang yang sentiasa sembahyang berjamaah di masjid mendapat perlindungan daripada Allah s.w.t. pada Hari Kiamat.

سَبْعَةٌ يُظِلُّهُمُ اللَّهُ فِى ظِلِّهِ يَوْمَ لاَ ظِلَّ إِلاَّ ظِلُّهُ الإِمَامُ الْعَادِلُ، وَشَابٌّ نَشَأَ فِى عِبَادَةِ رَبِّهِ، وَرَجُلٌ قَلْبُهُ مُعَلَّقٌ فِى الْمَسَاجِدِ، وَرَجُلاَنِ تَحَابَّا فِى اللَّهِ اجْتَمَعَا عَلَيْهِ وَتَفَرَّقَا عَلَيْهِ، وَرَجُلٌ طَلَبَتْهُ امْرَأَةٌ ذَاتُ مَنْصِبٍ وَجَمَالٍ فَقَالَ إِنِّى أَخَافُ اللَّهَ. وَرَجُلٌ تَصَدَّقَ أَخْفَى حَتَّى لاَ تَعْلَمَ شِمَالُهُ مَا تُنْفِقُ يَمِينُهُ، وَرَجُلٌ ذَكَرَ اللَّهَ خَالِيًا فَفَاضَتْ عَيْنَاهُ. (صحيح لبخاري، الأذان)

Bermaksud: Tujuh golongan manusia yang mendapat perlindungan dari Allah pada hari yang tiada perlindungan kecuali dari-Nya, iaitu imam yang adil, pemuda yang hidup di dalam beribadah kepada Allah,  seorang  yang hatinya sentiasa ingat kepada masjid, dua orang yang berkasih sayang kerana Allah, berhimpun kerana-Nya dan berpisah kerana-Nya, seorang lelaki yang diajak oleh seorang wanita yang mempunyai kedudukan dan jelita (untuk melakukan maksiat) lalu dia berkata: “Aku takutkan Allah”, seorang yang bersedekah secara senyap-senyap sehingga tidak diketahui tangan kirinya apa yang dibelanjakan oleh tangan kanannya dan seorang yang mengingati Allah bersendirian sehingga berlinangan air kedua matanya. 
  
Orang yang hatinya sentiasa teringat kepada masjid ialah orang yang menunaikan sembahyang berjemaah setiap waktu. Apabila dia keluar dari masjid hatinya sentiasa ingat akan datang semula ke masjid untuk menunaikan jemaah fardhu yang berikutnya. Orang ini akan mendapat perlindungan dari Allah di akhirat nanti di mana di waktu itu tiada perlindungan kecuali hanya perlindungan dari-Nya sahaja. Ini merupakan kelebihan yang amat besar kepada orang yang sentisa mengerjakan sembahyang fardhu dengan  berjemaah di masjid. 

Keenam.
Orang yang sembahyang berjamaah di masjid Allah sediakan baginya hidangan di syurga setiap kali dia pergi dan balik.
Sabda Rasulullah s.a.w.:

مَنْ غَدَا إِلَى الْمَسْجِدِ وَرَاحَ أَعَدَّ اللَّهُ لَهُ نُزُلَهُ مِنَ الْجَنَّةِ كُلَّمَا غَدَا أَوْ رَاحَ. (صحيح البخارى، الأذان)

Bermaksud:  Sesiapa yang pergi ke masjid dan balik (dari masjid), Allah sediakan baginya hidangan  dari syurga setiap kali dia pergi dan balik.
Ketujuh.
Allah memberi jaminan syurga kepada orang yang pergi sembahyang berjamaah di masjid.

ثَلاَثَةٌ كُلُّهُمْ ضَامِنٌ عَلَى اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ رَجُلٌ خَرَجَ غَازِيًا فِى سَبِيلِ اللَّهِ فَهُوَ ضَامِنٌ عَلَى اللَّهِ حَتَّى يَتَوَفَّاهُ فَيُدْخِلَهُ الْجَنَّةَ أَوْ يَرُدَّهُ بِمَا نَالَ مِنْ أَجْرٍ وَغَنِيمَةٍ وَرَجُلٌ رَاحَ إِلَى الْمَسْجِدِ فَهُوَ ضَامِنٌ عَلَى اللَّهِ حَتَّى يَتَوَفَّاهُ فَيُدْخِلَهُ الْجَنَّةَ أَوْ يَرُدَّهُ بِمَا نَالَ مِنْ أَجْرٍ وَغَنِيمَةٍ وَرَجُلٌ دَخَلَ بَيْتَهُ بِسَلاَمٍ فَهُوَ ضَامِنٌ عَلَى اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ. (سنن أبى داود، الجهاد)

Bermaksud: Tiga golongan semuanya dijamin oleh Allah, seorang yang keluar berperang pada jalan Allah maka Allah jamin sehingga Allah mematikannya lalu dia masuk syurga atau dia kembali dengan memperolehi pahala dan harta rampasan perang. Seorang yang pergi ke masjid maka Allah jamin hingga Allah mematikannya lalu dimasukkan ke dalam syurga atau Allah mengembalikannya dengan mendapat pahala dan ghanimah  dan seorang yang masuk ke rumahnya dengan memberi salam  maka Allah jamin ke atasnya.

Di antara apa yang terkandung dalam hadith di atas ialah jaminan daripada Allah s.w.t bahawa orang yang pergi ke masjid untuk sembahyang berjamaah dia dimasukkan ke dalam syurga-Nya.

Kelapan.
Orang yang pergi ke masjid di waktu yang  gelap dia mendapat cahaya yang sepenuhnya pada Hari kiamat.
Sabdanya Rasulullah s.a.w. :

لِيَبْشَرِ الْمَشَّاءُونَ فِى الظُّلَمِ إِلَى الْمَسَاجِدِ بِنُورٍ تَامٍّ يَوْمَ الْقِيَامَةِ. (سنن ابن ماجه، المساجد والجماعات)

Bermaksud: Hendaklah bergembira orang-orang yang berjalan kaki dalam gelap menuju ke masjid mereka akan mendapat cahaya cukup sempurna pada Hari Kiamat.
Dalam hadis ini Rasulullah s.a.w. menerangkan kelebihan orang yang berjalan kaki di waktu gelap menuju ke masjid. Mereka ini akan mendapat cahaya yang amat terang pada hari Kiamat. 

Kesembilan
Allah amat gembira kepada orang yang bersedia hendak pergi ke masjid menunaikan sembahyang dan zikir.

مَا تَوَطَّنَ رَجُلٌ مُسْلِمٌ الْمَسَاجِدَ لِلصَّلاَةِ وَالذِّكْرِ إِلاَّ تَبَشْبَشَ اللَّهُ لَهُ كَمَا يَتَبَشْبَشُ أَهْلُ الْغَائِبِ بِغَائِبِهِمْ إِذَا قَدِمَ عَلَيْهِمْ. (سنن ابن ماجه، المساجد والجماعات)

Bermaksud: Seseorang lelaki muslim yang bersedia ke masjid untuk bersembahyang dan berzikir, Allah gembira kepadanya sebagaimana keluarga orang yang pergi, gembira apabila orang yang pergi itu balik  kepada mereka.
Hadis ini menunjukkan bahawa Allah amat gembira kepada orang yang pergi ke masjid.

Kesepuluh.
Orang yang sembahyang Subuh berjamaah seolah-olahnya dia sembahyang sunat seluruh malam dan orang yang sembahyang Isyak berjamaah seolah-olahnya dia menghidupkan separuh malam.
Sabda Rasulullah s.a.w.

مَنْ صَلَّى الْعِشَاءَ فِي جَمَاعَةٍ فَكَأَنَّمَا قَامَ نِصْفَ اللَّيْلِ وَمَنْ صَلَّى الصُّبْحَ فِي جَمَاعَةٍ فَكَأَنَّمَا صَلَّى اللَّيْلَ كُلَّهُ
صحيح مسلم)

Bermaksud: Sesiapa yang sembahyang Isyak pada satu jamaah seolah-olahnya dia sembahyang  separuh malam, dan sesiapa yang sembahyang Subuh pada satu jamaah seolah-olahnya dia sembahyang seluruh malam.

Kesebelas.
Pergi masjid awal dan mendapat saf pertama adalah mempunyai kelebihan yang amat besar.
Sabda Rasulullah s.a.w.:

لَوْ يَعْلَمُ النَّاسُ مَا فِى النِّدَاءِ وَالصَّفِّ الأَوَّلِ، ثُمَّ لَمْ يَجِدُوا إِلاَّ أَنْ يَسْتَهِمُوا عَلَيْهِ لاَسْتَهَمُوا، وَلَوْ يَعْلَمُونَ مَا فِى التَّهْجِيرِ لاَسْتَبَقُوا إِلَيْهِ، وَلَوْ يَعْلَمُونَ مَا فِى الْعَتَمَةِ وَالصُّبْحِ لأَتَوْهُمَا وَلَوْ حَبْوًا. (صحيح البخارى، الأذان)

Bermaksud: Kalaulah manusia mengetahui apa yang terdapat dalam seruan azan dan saf yang pertama, kemudian mereka tidak mendapatinya kecuali dengan cara undian nescaya mereka akan melakukannya. Kalau manusia mengetahui kelebihan pergi awal untuk menunaikan sembahyang nescaya mereka akan bersegera, dan sekiranya manusia mengetahui apa yang ada pada sembahyang isyak dan subuh berjemaah nescaya mereka akan menghadirinya walau dengan mengisut.

Di antara kandungan nas di atas adalah menunjukkan kepada kelebihan yang ada pada azan, saf pertama dan datang awal ke masjid.

Kedua belas
Jamaah sembahyang fardu yang lebih ramai adalah yang lebih disukai Allah.
Sabda Rasulullah s.a.w.:

عَنْ أُبَىِّ بْنِ كَعْبٍ قَالَ صَلَّى بِنَا رَسُولُ اللَّهِ - صلى الله عليه وسلم - يَوْمًا الصُّبْحَ فَقَالَ «أَشَاهِدٌ فُلاَنٌ». قَالُوا لاَ. قَالَ «أَشَاهِدٌ فُلاَنٌ». قَالُوا لاَ. قَالَ «إِنَّ هَاتَيْنِ الصَّلاَتَيْنِ أَثْقَلُ الصَّلَوَاتِ عَلَى الْمُنَافِقِينَ وَلَوْ تَعْلَمُونَ مَا فِيهِمَا لأَتَيْتُمُوهُمَا وَلَوْ حَبْوًا عَلَى الرُّكَبِ وَإِنَّ الصَّفَّ الأَوَّلَ عَلَى مِثْلِ صَفِّ الْمَلاَئِكَةِ وَلَوْ عَلِمْتُمْ مَا فَضِيلَتُهُ لاَبْتَدَرْتُمُوهُ وَإِنَّ صَلاَةَ الرَّجُلِ مَعَ الرَّجُلِ أَزْكَى مِنْ صَلاَتِهِ وَحْدَهُ وَصَلاَتُهُ مَعَ الرَّجُلَيْنِ أَزْكَى مِنْ صَلاَتِهِ مَعَ الرَّجُلِ وَمَا كَثُرَ فَهُوَ أَحَبُّ إِلَى اللَّهِ تَعَالَى». (سنن أبى داود، الصلاة)

Bermaksud: Daripada Aubay bin Ka`b katanya: Pada suatu hari Rasulullah s.a.w. bersembahyang Subuh bersama-sama kita, lalu sabdanya: Adakah si pulan hadir? Para sahabat menjawab tidak. Tanya Baginda lagi, Adakah si pulan hadir? Para sahabat menjawab tidak. Sabda Baginda: Bahawasanya dua sembahyang ini adalah sembahyang yang paling berat ke atas orang munafikin. Jikalau kamu mengetahui apa yang ada pada kedua-duaya nescaya kamu akan datang menunaikan kedua-duanya walau dengan mengisut. Bahawasanya saf yang pertama adalah menyerupai saf malaikat, dan jikalau kamu mengetahui apa kelebihannya nescaya kamu bersegera kepadanya. Dan bahawasanya sembahyang seorang bersama dengan seorang lain lebih baik dari sembahyangnya seorang diri, dan bersembahyangnya bersama dengan dua orang lain lebih baik dari bersembahyang dengan seorang lelaki, dan yang banyak maka lebih disukai oleh Allah s.w.t.

Di antara apa yang disebut oleh Rasulullah s.a.w. dalam hadith di atas ialah Allah lebih suka kepada jamaah sembahyang yang lebih ramai.

Ketiga belas
Orang yang menunggu di tempat sembahyangnya bagi menunaikan sembahyang berjamaah adalah dikira sebagai mengerjakan sembahyang.
Sabda Rasulullah s.a.w.:   

 لاَ يَزَالُ الْعَبْدُ فِى صَلاَةٍ مَا كَانَ فِى مُصَلاَّهُ يَنْتَظِرُ الصَّلاَةَ وَتَقُولُ الْمَلاَئِكَةُ اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ اللَّهُمَّ ارْحَمْهُ. حَتَّى يَنْصَرِفَ أَوْ يُحْدِثَ ». قُلْتُ مَا يُحْدِثُ قَالَ يَفْسُو أَوْ يَضْرِطُ. (صحيح مسلم، المساجد )

Bermaksud: Seseorang hamba Allah itu dikira dalam sembahyang selama dia berada di tempat sembahyangnya kerana menunggu sembahyang, dan berkata Malaikat: “Ya Allah, ampuni dosanya dan rahmatilah dia sehingga dia beredar atau dia berhadas”.

Hadith di atas menunjukkan bahawa seseorang yang duduk di tempat sembahyangnya bagi menunggu sembahyang fardhu dia dikira mengerjakan sembahyang, di samping para malaikat berdoa untuknya.

Apabila  telah jelas bagi kita kelebihan sembahyang berjamaah yang begitu  besar maka janganlah kita lengah-lengah lagi dari menunaikan sembahyang berjamaah di masjid atau di surau, iaitu tempat yang dibangunkan untuk beribadah kepada Allah, dilaungkan azan  bagi sembahyang fardu lima waktu dan seterusnya didirikan sembahyang fardu lima waktu padanya.


وبالله التوفيق والهداية.
 وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين. والحمد لله رب العالمين.

KEM BESTARI SOLAT











KEM PEPIMPINAN PENGAWAS,KETUA KELAS DAN PENOLONG KETUA KELAS


28 Febuari 2015, Kem Kepimpinan Pengawas SKKBRK5 telah diadakan. Bertempat di SKKBRK5, para pengawas sekolah dan juga pusat sumber telah diajar cara-cara menjalankan tugas masing-masing dengan betul dan sempurna.
Semoga para pengawas dapat menggunakan pengalaman dari kem ini di masa hadapan dalam menjalankan tugas dan amanah kepada sekolah tercinta.

Ucapan pengurusi ckgu samsul









Sesi Latihan dalam Kumpulan (LDK)





Tuesday 24 March 2015

Kelebihan Solat Dhuha & Kehebatan Doa Solat Dhuha

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum w.b.t..
Harini aku nak share sikit ilmu dengan korang.. even aku takde la bagus sangat. tapi tak salah kalau kita sharing ilmu yang kita pelajari kan? sharing is caring aite? so kat bawah neh ada lah sikit cara² dan pengetahuan mengenai solat dhuha..

Aceli aku mula tertarik untuk melakukan masa aku baca terjemahan mengenai solat dhuha.. memang sebelom ni aku jahil bab² agama even dulu aku penah sekolah agama.. maklom la.. masa kecik² baik mengikot perintah.. bila dah membesar.. pengaruh kawan² lebih berkuasa.. hilang la segala ilmu yang aku belaja dulu.. sad me -___-"
Antara ayat² didalam doa dhuha yang membuat aku memula dengar sehingga menitiskan airmata, "Ya Allah, jika rezeki masih di langit, turunkanlah, jika di dalam bumi, keluarkanlah,
jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu,
limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh."

Dan seorang daripada kawan aku nama shahril nizam a.k.a gemok a.k.a jebat, yang sebelom ni lebih kurang je nakal sesama dulu dan sekarang alhamdulillah.. sejuk je dada tengok.. dia ada berpesan, "Sya.. rajin lah buat solat dhuha, 2 rakaat pon jadilah.. kemudian kau mengadu lah dengan Allah mintak kehidupan yang baik, murahkan rezeki kau, tetapkan iman kau.. inshaAllah.. Allah tu mendengar sya.. Allah maha mengetahui. tapi kau kena disiplin la.. kena kuatkan iman kau.. jangan skip².. inshaAllah sya.."
Alhamdulillah.. hati aku betul² tersentak dengan pesanan gemok and lepastu.. aku memulakan solat dhuhaku sehinggalah kehari ni.. alhamdulillah.. hati tenang.. and since aku mula buat solat dhuha.. solat 5 waktu aku pon dah mula disiplin.. alhamdulillah.. syukur sangat :')


Berkata Abu Murrah Ath-Tha’ifi r.a. bahwasanya Nabi s.a.w. telah bersabda : Allah telah berfirman:
“Wahai anak Adam! Bersembahyanglah untuk Aku di awal pagi, niscaya Aku akan mencukupimu di akhirnya.”
(Riwayat Ahmad)

Hadis Qudsi ini menganjurkan kita mengerjakan Solat Dhuha yang mana antara faedahnya, Allah Ta’ala memberi jaminan akan melaksanakan segala keperluan-keperluan keduniaan manusia setiap hari.

Antara ibadat sunat yang dianjurkan dan menjadi amalan Rasullullah SAW sendiri ialah solat sunat Dhuha. Banyak hadis-hadis yang mengalakkannya dan menyatakan keutamaannya, antaranya dalam riwayat Abu Hurairah katanya:

“Kekasihku Rasullullah SAW telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat solat Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan” (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Dalam riwayat yang lain Rasullullah SAW pernah bersabda yang maksudnya :
“Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah (sebagai ganti) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat solat Dhuha .” (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Adapun kelebihan sembahyang Dhuha itu sepertimana di dalam kitab “An-Nurain” sabda Rasullullah SAW yang maksudnya : “Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan.”

Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : “Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.”
(Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)

Dan daripada Anas bin Malik Radhiallahu ‘anhu berkata: “Aku mendengar Rasulullah SAW berkata: “Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripada emas”(Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi)

Waktu sembahyang Dhuha ialah dari naik matahari sampai se-penggalah dan berakhir di waktu matahari tergelincir tetapi disunatkan dita’khirkan sehingga matahari naik tinggi dan panas terik.

Cara menunaikannya pula adalah sama seperti sembahyang-sembahyang sunat yang lain iaitu dua rakaat satu salam. Boleh juga dikerjakan empat rakaat, enam rakaat dan lapan rakaat. Menurut sebahagian ulama jumlah rakaatnya tidak terbatas dan tidak ada dalil yang membatasi jumlah rakaat secara tertentu, sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh ‘Aisyah bermaksud :”Adalah Nabi SAW bersembahyang Dhuha empat rakaat dan menambahnya seberapa yang dikehedakinya.” (Hadis riwayat Ahmad, Muslim dan Ibnu Majah)

Dalam sebuah hadis yang lain Nabi SAW bersabda bermaksud : 

-Barangsiapa yang menunaikan sembahyang sunat Dhuha sebanyak 2 rakaat tidak ditulis dia daripada orang-orang yang lalai daripada mengingati Allah 

- Barangsiapa yang menunaikan nya sebanyak 4 rakaat ditulis akan dia daripada orang-orang yang suka beribadat

- Barangsiapa yang menunaikannya sebanyak 6 rakaat dicukupkan baginya pada hari tersebut

- Barangsiapa menunaikanyan sebanyak 8 rakaat Allah menulis baginya daripada orang-orang yang selalu berbuat taat

- Barang siapa yang menunaikannya sebanyak 12 rakaat Allah akan membina baginya mahligai didalam syurga dan tidak ada satu hari dan malam melainkan Allah mempunyai pemberian dan sedekah kepada hamba-hambaNya dan Allah tidak mengurniakan kepada seseorang daripada hamba-hambaNya yang lebih baik daripada petunjuk supaya sentiasa mengingatiNya,”
(Riwayat At-Thabarani ).


Cara melaksanakannya

Banyak bahan media cetak yang boleh dirujuk bagi mengetahui cara melakukan solat sunat Dhuha ini merangkumi bacaan-bacaan dalam solat hinggalah dalam sujud dan doa setelah selesai ibadat tersebut.

Cuma secara asas dan mudahnya berdasarkan hadis-hadis Nabi, solat sunat Dhuha ini dilakukan seperti solat-solat lain, cuma bacaan yang dianjurkan Baginda s.a.w. selepas al-Fatihah, menurut hadis yang disampaikan oleh Uqbah bin Amir, ialah surah al-Syams pada rakaat pertama dan al-Dhuha pada rakaat kedua. (Riwayat al-Hakim)

Kebiasaan yang dilakukan oleh para ulama iaitu pada rakaat pertama dibaca surah Fatihah dan surah Wasy-Syamsi atau surah Al-Kafirun. Manakala rakaat kedua dibaca Al-Fatihah dan surah Ad-Dhuha atau surah Al-Ikhlas.

Namun begitu, perkara (bacaan dalam solat) ini adalah sesuatu yang subjektif dan tidak statik. Maka tidak perlulah hanya terikat dengan kaifiat tertentu dan bacaan tertentu. Apa yang penting, solat tersebut diniatkan dengan betul, syarat-syaratnya dipenuhi dan rukun-rukunnya disempurnakan sebaik-baiknya. Begitu jugalah dengan doa selepas solat tersebut.

SOLAT SUNAT DHUHA

1) Bilangan rakaat : 2 hingga 12 rakaat (2 rakaat 1 salam)
2) Waktu : Pagi anggaran 8.00 pagi hingga 12.30 tengahari
Niatnya:
"Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Ta'ala"

Baca doa ini selesai solat


Maksudnya:
Ya ALLAH, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu,
kecantikan itu adalah kecantikanMu,
keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu,
kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya ALLAH, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah,
jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu,
limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.

Monday 9 March 2015

TAKLIMAT SMART ENGLISH

Antara guru-guru yang terlibat dalam Taklimat "Smart English"

Tekun mendengar taklimat yang di berikan.

semasa sesi taklimat berjalan.

Ujian Sumatif 1 2015

Pada 10 Mac, Satu ujian Sumatif telah dijalan kepada semua pelajar, Ujian Sumatif bermaksud melihat percampaian pelajar untuk bulan tersebut.
fokus menjawap soalan




fokus menjawap soalan

Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke 13

Pada 6 Mac yang lepas, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SKKBRK5 telah pun mengadakan Mesyuarat Agung PIBG kali ke 13 bagi sesi 2015. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YB IR Rosli bin Othman, Adun Kemasik. Majlis turut dihadiri oleh wakil dari Pejabat Pelajaran Daerah Kemaman, En. Ismail Bin Muda.

Ketibaan YB IR Rosli disambut oleh Guru Besar


YB IR Rosli menandatangani buku pelawat

nyanyian lagu negaraku dan selamat sultan

ucapan Guru Besar

Ucapan YDP

Ucapan YB IR Rosli

Pesembahan pelajar