UPSR (11-14 SEPT)

Sunday 23 February 2014

Mesyuarat Agung PIBG SKKBRK5 Kali ke 12

22 Februari 2014, Persatuan Ibubapa dan Guru SKKBRK5 telah mengadakan Mesyuarat Agung tahunannya. Majlis yang bermula pada jam 2.00 petang itu telah dirasmikan oleh YB Ir Rosli bin Othman, Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya dan Pengangkutan Negeri Terengganu, merangkap ADUN Kemasek. Majlis turut dihadiri oleh Yang Dipertua PIBG YM Tg. Hamzah bin Tengku Deraman, En.Mohd Saidi bin Embong, Guru Besar SKKBRK5 dan juga turut disertai oleh wakil dari PPD Kemaman dan Pegawai Polis Perhubungan Sekolah dari Balai Polis Ketengah Jaya.

Mesyuarat Agung tahun ini diselitkan dengan agenda tambahan iaitu perasmian mercu tanda sekolah dan pergola PIBG yang diusahakan dengan kerjasama antara AJK PIBG, guru-guru yang mana idea asal lahir dari tuan guru besar SKKBRK5 sendiri,  turut diselitkan ialah pelancaran kutipan dana bagi membina surau di SKKBRK5. Dalam ucapannya, YB IR Rosli telah mengumumkan bantuan dana sebanyak RM10000.00 kepada PIBG SKKBRK5. Terima kasih YB.

YDP PIBG menyambut ketibaan YB IR Rosli

Bunga disemat tanda ucapan selamat datang

Guru Besar,  wakil PPD Kemaman, YDP PIBG dan guru guru mengiringi YB masuk ke dewan

Guru Besar, En Mohd Saidi bin Embong memberi ucapan aluan

YDP PIBG, YM Tg Hamzah Tengku Deraman menyampaikan ucapan beliau

YB IR Rosli bin Othman memberi ucapan sekaligus merasmikan Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke 12

Kutipan dana bagi membina surau dilancarkan.

YB turut menyampaikan sijil penghargaan kepada Jawatankuasa PIBG sesi 2012/2013


Guru besar menyampaikan cenderahati sebagai tanda terima kasih kepada Yang Berhormat di atas kesudian beliau meluangkan masa hadir ke majlis tersebut.

Wakil dari PPD Kemaman turut menerima cenderahati ucapan terima kasih.

Pergola PIBG dirasmikan.

YB menurunkan tandatangan di atas plak perasmian mercu tanda sekolah.


Ahli jawatankuasa PIBG memulakan mesyuarat.


Wednesday 19 February 2014

Pelancaran Program NILAM

20 Februari 2014, Jawatankuasa Pusat Sumber Sekolah (PSS) telah melancarkan program Nadi Ilmu Amalan Membaca (NILAM) bertempat di dataran perhimpunan SKKBRK5. Program dirasmikan oleh Tuan Guru Besar En. Mohd Saidi bin Embong dengan ucapan ringkas beliau kepada semua murid bahawa pentingnya sikap suka membaca dan harapan beliau agar semua pelajar SKKBRK5 menanam minat membaca dalam diri masing-masing kerana dengan membacalah pengetahuan seseorang dapat ditambah dan diperkasakan.






Tuesday 18 February 2014

Program Temu Murni Bersama Ibu Bapa Tahun 6

17 Februari 2014, SKKBRK5 telah mengadakan perjumpaan di antara pengurusan sekolah, guru tahun 6 dan ibu bapa pelajar tahun 6 yang bakal menduduki peperiksaan UPSR pada tahun ini. Program ini diadakan dengan objektif untuk menyatakan kedudukan semasa pelajar, usaha-usaha yang telah dan akan dijalankan oleh pihak sekolah dan juga memberi bilangan target 5A sekolah pada tahun ini.












Sunday 16 February 2014

Penyerahan Duit Bantuan Persekolahan

28 Januari 2014, SKKBRK5 telah mengagihkan duit sumbangan persekolahan berjumlah RM100 seorang kepada setiap orang murid seperti mana yang telah diperuntukkan oleh Kerajaan Persekutuan dalam Bajet 2014.
Ibu bapa mula memenuhi sekolah

Guru Besar memberi taklimat ringkas

Ibu bapa yang hadir sabar mendengar ucapan Guru Besar


Ibu bapa sabar menunggu giliran menerima duit bantuan dari guru kelas




Larian Merentas Desa

Pada 27 Januari 2014 Unit Kokurikulum SKKBRK5 telah berjaya menjalankan kejohanan merentas desa peringkat sekolah. Program ini disertai oleh semua murid dan dijalankan mengikut 2 laluan berbeza bagi tahap 1 dan tahap 2. Larian ini diiringi oleh kereta peronda dari Balai Polis Ketengah Jaya bagi memastikan keselamatan murid yang terlibat adalah terjamin dan berjalan dengan sempurna.











Kem Kepimpinan Pengawas

25 Januari 2014, Kem Kepimpinan Pengawas SKKBRK5 telah diadakan. Bertempat di SKKBRK5, para pengawas sekolah dan juga pusat sumber telah diajar cara-cara menjalankan tugas masing-masing dengan betul dan sempurna. Pada sebelah petang pula, dengan kerjasama anggota bomba dari Balai Bomba Kerteh, pengawas telah diberi taklimat mengenai keselamatan kebakaran dan peluang mencuba aksi "flying fox" yang dikelola sepenuhnya oleh anggota bomba yang sememangnya sangat terlatih. 

Semoga para pengawas dapat menggunakan pengalaman dari kem ini di masa hadapan dalam menjalankan tugas dan amanah kepada sekolah tercinta. Terima kasih juga kepada semua anggota yang sudi memberi kerjasama dalam menjayakan program ini.