UPSR (11-14 SEPT)

Wednesday 22 January 2014

Majlis Sambutan Maulidurasul 1435H

23 Januari 2014 - Alhamdulillah, bersempena bulan kelahiran Baginda Rasulullah S.A.W, panitia Agama telah pun menganjurkan perarakan Maulidurasul dan satu ceramah khas kepada semua pelajar dan guru. Perarakan yang disertai oleh semua murid, guru, YDP PIBG dan AJK, dan juga kakitangan sekolah bermula dari perkarangan sekolah dan berakhir di Masjid Felda Kerteh 4. Ceramah disampaikan oleh Ustaz Mohd Khaled di masjid tersebut.

Berkumpul di perkarangan sekolah


Memulakan perarakan

Penuh semangat

Pihak polis dari Balai Polis Ketengah Jaya yang setia mengiringi perarakan. Terima kasih.


Bersedia mendengar ceramah yang akan disampaikan
Al Fadil Ustaz menyampaikan ceramah berkenaan Rasulullah dan kehidupan Baginda.

Ustaz Mohd Khaled menyampaikan hadiah kepada pelajar yang berjaya menjawab soalan kuiz
 
Penolong Kanan 1 menyampaikan cenderehati penghargaan kepada Ustaz Mohd Khaled.

Bersedia untuk berarak pulang ke sekolah.

Tuesday 21 January 2014

Penyampaian Watikah Perlantikan

Ahad, 19 Januari 2013 - Sebagaimana tahun-tahun sebelumnya, di awal persekolahan, pihak sekolah akan melantik Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber serta Ketua dan Penolong Ketua Kelas bagi menjalankan tugas dan tanggungjawab yang akan diberikan. Majlis dirasmikan olhe Ketua Balai, Balai Polis Ketengah Jaya yang turut menyampaikan amanat kepada pelajar yang dilantik.

Berikut adalah sekitar majlis tersebut.


Guru Besar menyampaikan ucapan
SM Abdul Halim, Ketua Balai, Balai Polis Ketengah Jaya, memberi kata-kata semangat dan merasmikan majlis








Membaca ikrar menjalankan tugas dan memikul amanah 
Ketua dan Penolong Ketua kelas

Pengawas Pusat Sumber

Pengawas Sekolah

Wednesday 1 January 2014

Lawatan Pegawai JPNT

1 Januari 2014, pada pukul 10 pagi, pengurusan sekolah telah menerima kunjungan dari En.Shafie b. Endut, Penyelia Kanan Pendidikan Khas JPNT yang hadir dengan tujuan memantau sekolah sempena bermulanya sesi baru 2014 dari sudut keperluan semasa bagi peralatan dan juga bangunan. Beliau turut memerhatikan kebersihan kantin serta bilik-bilik khas yang ada di sekolah ini.
Antara perkara lain yang disentuh adalah perihal pengurusan sumber, perjawatan dan juga peralatan ICT sekolah.


Hari Pertama Sesi Persekolahan 2014

1 Januari 2014 - Pagi Rabu yang diiringi hujan, bermulalah sesi persekolahan bagi tahun 2014 yang diharapkan menjadi lebih gemilang dari tahun 2013 yang baru sahaja melabuhkan tirainya. Ketibaan ibu bapa bersama anak-anak disambut dengan senyuman oleh para guru yang sedia menanti sejak awal pagi lagi.
Semoga semangat yang berkobar-kobar di tahun baru akan terus kekal sehingga ke akhir tahun.