UPSR (11-14 SEPT)

Saturday 27 July 2013

Syukur Penambah Nikmat

Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras.” (Surah Ibrahim 14 : 7).
Terima Kasih! Ucapan paling mudah dan kerap kita lafazkan setiap hari apabila menerima pemberian daripada orang lain berupa hadiah, sedekah, perkhidmatan, pertolongan atau sekadar budi bahasa dan senyuman. Bayangkan sekiranya pemberian yang sekecil ini daripada hamba yang lemah seperti kita pun kita hargai, bagaimana pemberian yang lebih besar?

Wednesday 24 July 2013

AIR KOSONG PENAWAR PENYAKIT?


Kajian para sainstis mendapati  amalan minum air sebaik bangun dari tidur setiap pagi mempunyai manfaat. Japanese Medical Society, misalnya berjaya membuktikan dalam kes-kes tertentu. Amalan ini mampu memulihkan penyakit termasuk yang serius.
Diantara penyakit yang termasuk dalam penyelidikan persatuan di Negara matahari terbit ini ialah sakit kepala, sakit-sakit badan, system jantung, arthristis, degupan jantung yang pantas, epilepsy, lemak berlebihan, bronchitis, tibi, meningitis, buah pinggang, dan jangkitan pada air kencing.
Bagaimanapun, amalan minum air  kosong sebaik jaga dari tidur ini perlu menigkatkan beberapa peraturan untuk memastikan keberkesanannya.
Minum empat gelas air (160ml) sebaik jaga dari tidur setiap pagi dan sebelum menggosok gigi.
Berus gigi dan bersihkan mulut tetapi jangan makan dan minum apa-apa selama untuk 45 minit.
Selepas 45 minit anda boleh makan dan minum seperti biasa.
Selepas 15 minit mengambil sarapan , makan tengahari dan makan malam jangan makan atau minum untuk tempoh dua jam.
Bagi pesakit yang lanjut usia dan yang tidak larat minum empat gelas air sekali gus di peringkat permulaan kaedah rawatan ini dengan meminum air secara berperingkat sehingga mampu mencapai empat gelas sehari.

Tuesday 23 July 2013

Peperiksaan Percubaan UPSR 2013

Bermula pada Ahad 21 Julai 2013, semua pelajar tahun 6 sedang menjalani peperiksaan percubaan UPSR. Semoga semua berjaya menjawab dan mendapat keputusan yang baik sebagai persediaan untuk UPSR yang sebenar pada bulan September nanti.


Tekun menjawab

Tuesday 16 July 2013

MESYUARAT PENGURUSAN

Pada 16hb Julai 2013, pihak pengurusan  Sk Kg Baru Rasau Kerteh 5 telah mengadakan satu mesyuarat bagi memberi penerangan berkenaan penggunaan Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) kepada semua guru dan kakitangan.



Penerangan mengenai penggunaan Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) telah disampaikan oleh En. Mohd Zamrulhisham B Md Muslim, selaku Guru Penyelaras Bestari sekolah.

Orang - orang yang Didoakan oleh Malaikat.


Allah SWT berfirman,
"Dan mereka berkata Tuhan yang Maha Pengasih telah menjadikan (malaikat) sebagai anak.” Maha suci Dia. Sebenarnya (malaikat - malaikat itu) adalah hamba - hamba yang dimuliakan, mereka tidak mendahului-Nya dengan perkataan dan mereka mengerjakan perintah - perintahNya. Allah mengetahui segala sesuatu yang dihadapan mereka dan yang dibelakang mereka, dan mereka tidak memberikan syafa'at melainkan kepada orang - orang yang diridhai Allah, dan mereka selalu berhati - hati karena takut kepada-Nya"
(Al-Anbiyaa' 26-28)

Inilah orang-orang yang didoakan oleh para malaikat:

Monday 15 July 2013

PrA SeKoLaH


Prasekolah merupakan sebahagian daripada sistem pendidikan Malaysia. Kementerian Pelajaran Malaysia menyediakan pendidikan prasekolah bagi membolehkan kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun memasuki persekolahan lebih awal, terutamanya kanak-kanak daripada golongan berpendapatan rendah. 

Pendidikan prasekolah bertujuan menyuburkan potensi kanak-kanak dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan untuk masuk ke sekolah rendah.

Pendidikan prasekolah adalah satu program yang menyediakan pengalaman pembelajaran kanak-kanak yang berumur 4-6 tahun dalam jangka masa satu tahun atau lebih sebelum masuk ke Tahun Satu di sekolah formal. Konsep yang digunakan ialah "Belajar Sambil Bermain" dengan menekankan "Pembelajaran Bertema". Kaedah pembelajaran ialah meliputi aktiviti kelas, aktiviti kumpulan dan aktiviti individu.

Sekolah kami mempunyai satu kelas Prasekolah yang terdiri daripada 25 orang murid iaitu 8 orang murid lelaki, dan 17 orang murid perempuan.  Pn. Noorhaniza Ishak merupakan guru Prasekolah kami.  

Sunday 14 July 2013

TaDaRuS Al-QuRaN

Tadarus Al-Qur’an, pada asasnya bermaksud membaca Al-Qur’an di hadapan seseorang yang dapat mengawasi bacaan itu daripada sebarang kesilapan. Amalan tadarus merupakan salah satu ibadat penting yang diberi tumpuan oleh Rasulullah s.a.w. dalam bulan Ramadhan . Baginda bertadarus Al-Qur’an dengan malaikat Jibril sendiri.

Saturday 13 July 2013

IhYa' RaMaDhAn 2013

       Ramadhan adalah bulan yang Allah janjikan kepada umat Islam untuk mendapatkan pahala yang berlipatkali ganda. Oleh yang demikian, program ini diadakan  dengan tujuan untuk mendapatkan keredhaanAllah dan memohon agar ibadat ini akan mendapat ganjaran pahala dari Allah serta dapat memberikan penghayatan dan pengajaran pada bulan ramadhan ini.

Tuesday 9 July 2013

KeM IbAdAh TaHuN 6

 Sk Kg Baru Rasau Kerteh 5 telah mengadakan satu program Kem Ibadah Tahun 6. Program ini berlangsung selama 2 hari, iaitu bermula pada 4.07.2013(Khamis) sehingga 5.07.2013(Jumaat)

Monday 8 July 2013

AkTiViTi BuLaNaN NiLaM

Pada 7 Julai 2013, ahli jawatankuasa pusat sumber sekolah kami telah mengadakan aktiviti bulanan Nilam iaitu memberi penghargaan kepada murid yang banyak membaca dari bulan 1 hingga bulan 6 . Aktiviti ini adalah di bawah kelolaan guru media sekolah kami iaitu Pn. Noor Fatihah Binti Harun.

Penghargaan ini telah disampaikan oleh Tuan Guru Besar dan Guru-guru Penolong Kanan  sendiri kepada murid-murid yang layak.