UPSR (11-14 SEPT)

Wednesday 26 June 2013

Peserta Jemputan Dalam Kejohanan Sukan SK Ketengah Jaya Kali Ke 10

26 Jun 2013, Sekolah Kebangsaan Ketengah Jaya, telah menjemput sekolah ini ke Kejohanan Sukan kali ke 10 sekolah mereka. Temasya sukan ini berlansgsung di Padang Sk Ketengah Jaya pada pukul 10.00 pagi.

Sekolah kami telah menyertai acara jemputan ini dengan menghantar 8 orang murid darjah 5 dan 8 orang murid darjah 6  dalam acara 4 X 200 M.

Tuesday 25 June 2013

ProGrAm PeMaKaIaN PeNuTuP HiDuNg

26 Jun 2013, pihak sekolah telah  menyahut seruan Kementerian Pendidikan Malaysia dengan mengadakan satu program pemakaian penutup hidung ( nasal mask) dikalangan murid-murid. Program ini adalah salah satu langkah-langkah pihak Kementerian Pendidikan Malaysia bagi menjamin kesihatan dan keselamatan murid-murid di sekolah yang berada dalam kawasan jerebu. 

Pihak sekolah telah disarankan oleh kementerian agar sentiasa mengikuti perkembangan semasa melalui media massa mengenai fenomena jerebu di kawasan atau daerah masing-masing supaya mudah untuk mengambil tindakan. Selain itu, murid-murid dinasihatkan memakai penutup hidung dan banyak minum air.  Pihak sekolah juga hendaklah merujuk murid-murid yang didapati tidak sihat ke klinik atau hospital berhampiran.

Monday 24 June 2013

Oh! JeReBu

Sekali lagi Malaysia menjadi mangsa jerebu akibat hutan yang terbakar di Sumatera dan juga satu kebakaran kecil hutan di Serdang. Ini tentunya satu pengajaran kepada manusia agar tidak rakus dalam mengaut-keuntungan hingga mengabaikan keadaan alam sekitar.

Kelmarin (23 Jun 2013), dua tempat di belah selatan tanahair telah diisytiharkan Darurat iaitu di Daerah Muar dan Ledang di mana kedua-dua tempat ini mencatatkan IPU setinggi 750. Kalau dah tinggi macam ni, pandang luar tingkap memang dah tak nampak apa lagi dah.

Program Pendididikan Kebersihan Daerah Kemaman - LUKISAN KAIN RENTANG

Pihak sekolah telah melaksanakan aktiviti pembudayaan pendidikan kebersihan di sekolah dengan jayanya. Program ini dibawah kelolaan PK HEM, iaitu Pn. Roslina Bt Abu Samah.

Kain rentang yang dilukis perlu dihantar ke PPD Kemaman sebelum atau pada 25 Jun 2013.

Penarafan Pusat Sumber Sekolah - IQ-PSS 2013



Pada hari ini, iaitu 23 Jun 2013, semua guru kelas diarahkan untuk memasukkan maklumat aktiviti bacaan murid-murid mereka. Maklumat ini sebenarnya perlu diisi setiap bulan. Tujuan utama pengisian maklumat ini adalah untuk mengetahui peringkat bacaan murid , berdasarkan tahap jauhari samaada emas, gangsa atau perak.

Sunday 23 June 2013

Majlis Perjumpaan Guru dan Ibubapa Pelajar Tahun 6

19 Jun 2013. Pihak sekolah telah mengadakan perjumpaan antara guru dan ibubapa pelajar tahun 6 yang bakal menduduki peperiksaan UPSR pada tahun ini. Perjumpaan ini antara lain bagi memberi maklumat kepada ibubapa tentang objektif dan target serta perkembangan semasa berkenaan UPSR 2013. Majlis bermula jam 9.00 pagi dan berakhir pada pukul 12.00 tengahari.

Program Dasar Warga Emas Negara (DWEN)

Program Dasar Warga Emas Negara adalah suatu program yang dilancarkan oleh kerajaan bagi  mencapai matlamatnya iaitu : Mendayaupayakan individu, keluarga dan masyarakat dengan menyediakan perkhidmatan mesra warga emas yang cekap dan berkesan serta membangunkan persekitaran yang memboleh dan membantu supaya warga emas hidup sejahtera.

Selaras dengan itu, unit HEM SKKBRK5 diketuai oleh PKHEM Pn.Roslina Abu Samah telah melaksanakan program ini dengan melawat warga emas dalam masyarakat sekitar sekolah. Program yang disertai oleh 4 orang guru, wakil PIBG dan 9 orang murid ini telah pun diadakan pada 19 Jun yang lepas. Antara aktiviti yang dilakukan adalah, beramah mesra dengan warga emas, membersihkan kawasan rumah dan menyampaikan sedikit cenderehati dari pihak sekolah.

Wednesday 12 June 2013

Projek





            Projek pertama sekolah pada tahun ini "Tanda Mercu Sekolah" dibawah kelolaan Guru Besar iaitu Cikgu  Mohd Saidi  Embong