UPSR (11-14 SEPT)

Thursday 28 February 2013

Kejohanan Bola Tampar PKG Kemasik

27 Februari 2013, bertempat di SK Kg Baru Rasau Kerteh 5, Kejohanan Bola Tampar Peringkat PKG Kemasik yang disertai oleh 5 buah sekolah iaitu SK KG Baru Rasau Kerteh 5, SK Ketengah Jaya, SK Seri Bandi 2, SK Seri Gelugor dan SK Kerteh telah pun diadakan. Perlawanan ini telah dimenangi oleh SK Ketengah Jaya dan diikuti oleh SK Seri Bandi 2. SKKBRK5 berada di tempat ketiga.


Saturday 23 February 2013

TAHNIAH! SKKBRK5 Juara lagi...

Petang Rabu, 20 Februari 2013, perlawanan Ragbi Rimau Peringkat Daerah Kemaman telah diadakan di padang Sk Kampung Baru Rasau Kerteh 5. Perlawanan disertai oleh 6 buah sekolah iaitu SK.Kampung Baru Rasau Kerteh 5 sebagai tuan rumah,SK Ketengah Jaya, SK Seri Gelugor, SK Padang Kubu, SK Cheneh Baru dan SK Sultan Ismail.

SKKBRK5 telah muncul sebagai juara keseluruhan dengan mengalahkan SK Ketengah Jaya pada peringkat akhir. Tahniah kepada yang berjaya, pada pasukan yang tewas, cuba lagi tahun hadapan.

Wednesday 20 February 2013

Majlis Ringkas Pertukaran PK1

Pada 12 Februari lepas, telah Kelab Guru SKKBRK5 mengadakan majlis jamuan makan bagi meraikan pertukaran PK1 Cikgu Mohd Ali Abdullah ke SK Kampung Nyior,Paka. Cikgu Mohd Ali telah berkhidmat di sekolah ini lebih dari 5 tahun. Terima kasih atas semua jasa dan khidmat yang telah diberikan.

Nasi Beriani yang menjadi santapan

Penuh sabar menunggu majlis bermula.

Menikmati kelazatan buah duku.

Hasil tangan isteri Cikgu Mohd Ali.


Yang diraikan

Memberi ucapan selamat tinggal.

Menerima cenderahari dari kelab guru.


Terima kasih dan semoga berjumpa lagi kepada Cikgu Mohd Ali bin Abdullah.



Sunday 3 February 2013

Peranan guru sebagai Mu'allim, Murabbi, Mursyid, Muaddib, Mudarris

Mu'allim ialah guru yang menjayakan proses penyampaian dan pembangunan ilmu dalam diri manusia (ta'lim). Kedudukan mulia diberikan kepada guru, walaupun mereka bukan berstatus ulama.

Guru dipanggil juga sebagai Murabbi, iaitu guru yang mendidik (menjayakan tarbiah). Mereka menjayakan peningkatan murid dari segi akal, rohani, jiwa dan fizikal. Mereka bertanggungjawab membentuk murid yang memiliki peribadi yang baik. Apa yang berlaku ialah proses peningkatan dalam diri murid. Guru yang mempunyai kemampuan sebagai murabbi - apa lagi murabbi dalam pengertian kerohanian - dipandang mulia dalam Islam kerana mereka mempunyai keperibadian yang mampu membawa manusia ke jalan kebaikan dan kebenaran sebagaimana yang dikehendaki Allah dan RasulNya. Alangkah beruntung dan bahagianya masyarakat dengan adanya guru yang bukan sahaja menyampaikan mata pelajaran kepada murid, tetapi turut meningkatkan peribadi dan kemampuan mereka.

Saturday 2 February 2013

LADAP (Guru Penyayang, Murid Berkualiti)

31 Januari 2013, bagi mengisi jadual LADAP 2013, sesi ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Mokhtar b. Yaakob, Pegawai Agama Pejabat Felda Wilayah Gua Musang telah diadakan untuk guru-guru dan kakitangan SKKBRK5 bermula jam 2.30-4.30 petang.
Antara perkara yang disebut oleh Al-Fadhil Ustaz adalah berkenaan:

Program Sayang Disayang

Pada 31 Januari 2013, pihak sekolah dibawah Unit Bimbingan dan Kaunseling telah mengadakan suatu program berbentuk motivasi untuk pelajar tahun 6 dan ibu bapa iaitu Program Sayang Disayang. Program ini telah dirasmikan oleh Tuan Guru Besar SKKBRK5 dan diteruskan dengan ceramah motivasi yang disampaikan oleh Ustaz Mokhtar bin Yaakob, Pegawai Agama, Pejabat Felda Wilayah Gua Musang, Kelantan.